BUKIT BENDERA
Buat pengunjung yang pertama kali ke Pulau Pinang seharusnya menjejakkan kaki mereka ke sini.
Pemandangan dari atas bukit dan panoramanya amat menarik sekali.
Jadual waktu keretapi bergerak - Waktu keretapi bertolak dari bawah : 6.30 am (cuti) 7.00am hari biasa dan setiap setengah jam hingga jam 9.00 pm. Sabtu : 6.30am, 6.45am, 7.00am dan setiap setengah jam hingga jam 11.00pm Tiket untuk dewasa RM4 (pergi balik / return) manakala untuk kanak-kanak 12 tahun kebawah RM2 (pergi balik / return).
TAMAN NEGARA
Taman Negara Pulau Pinang terletak di Teluk Bahang, Daerah Barat Daya. Jaraknya dari bandar Georgetown adalah lebih kurung 20 kilometer. Taman negara ini adalah seluas 1381 hektar yang merangkumi keluasan daratan dan lautan yang telah digazetkan.
KOMTAR
Menara KOMTAR (Kompleks Tun Abdul Razak) terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Menara KOMTAR merupakan bangunan tertinggi di Pulau Pinang dan ke-6 di Malaysia. Bangunan ini berbentuk segi 12. Bangunan yang menempatkan ruang pejabat ini mempunyai ketinggian 232m atau 760 kaki dan mempunyai 65 tingkat kesemuanya.
BATU FERINGGI
Batu Feringgi terletak di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandar Georgetown dan dipenuhi dengan resort bertaraf antarabangsa, dan merupakan pantai paling popular di Pulau Pinang.
JAMBATAN PULAU PINANG
Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, iaitu memakan masa selama 3 tahun untuk disiapkan dan dengan kos sebanyak RM 850 juta.
Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan bahagian pulau dengan tanah besar di semenanjung.
FERI PULAU PINANG
Perkhidmatan Feri Pulau Pinang merupakan perkhidmatan feri tertua di Malaysia. Perkhidmatan feri terkenal ini dihubungkan antara terminal feri Pulau Pinang di Butterworth ke terminal feri Raja Tun Uda di Pelabuhan Quay di George Town di Pulau Pinang.
TAMAN RAMA-RAMA PULAU PINANG
PENANG BUTTERFLY FARM
Jalan Teluk Bahang, Pulau Pinang
Dibuka 365 hari. 9.00 pagi - 5.30 petang
www.butterfly-insect.com
TAMAN BURUNG PULAU PINANG
Adult - RM 10
Children (below 12 year-old) - RM 5
School Children (with school uniform) - RM 2
Camera - RM 1
Physically and/or mentally handicapped & under privileged persons are allowed free entrance Open daily:
9.00am - 7.00pm including weekends & all Public Holidays.
Address: Jalan Todak, Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang,
Malaysia.
Tel : 604-399 1899 Fax : 604-399 1899
PADANG KOTA LAMA
Children (below 12 year-old) - RM 5
School Children (with school uniform) - RM 2
Camera - RM 1
Physically and/or mentally handicapped & under privileged persons are allowed free entrance Open daily:
9.00am - 7.00pm including weekends & all Public Holidays.
Address: Jalan Todak, Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang,
Malaysia.
Tel : 604-399 1899 Fax : 604-399 1899
PADANG KOTA LAMA
TOKONG ULAR
Tokong ini terletak di Sungai Kluang dekat lapangan terbang di Bayan Lepas.
Ia lain daripada yang lain. Tokong jenis macam ini yang penuh ular-ular jarang dijumpai di mana-mana tempat di semenanjung kecuali Pulau Pinang, dan mungkin berhala kecil di Subang Jaya
Lorong Kulit atau "Rope Walk"
Juga dipanggil 'Rope Walk' sebab asalnya pasar ini terletak di sepanjang Jalan Pintal Tali. So, bila dah sesak sangat, depa pindah la di depan Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Terletak di pinggir bandar Georgetown. Pasar pagi ni bukan macam pasar tani ya puan puan semua, pasar ini dia jual macam-macam. Daripada baju, kaset, buku-buku, barang antik, barang-barang terpakai, dan macam-macam lagi. Kalau sapa-sapa tengok drama bersiri kat Astro yang "Menantu Mamak" apakah benda tu, Azad Jasmin kata "Kalau kasut hang hilang kat masjid, Sabtu ni jom kita pi tengok kat Lorong Kulit. Mesti ada orang juai kat sini,"
Rumah P Ramlee
Rumah Kelahiran P. Ramlee yang terletak di No. 4A, Jalan P. Ramlee, Pulau Pinang adalah merupakan tempat kelahiran Allahyarham. Rumah ini telah dibina pada tahun 1926 oleh bapa P. Ramlee bersama-sama dengan bapa saudaranya Rejab bin Husin. Rumah ini telah dibaiki semula oleh bapa saudaranya semasa zaman pendudukan Jepun. Walaupun telah dibaiki rumah ini masih lagi dalam bentuk yang asal
Suffolk House
Mesti ramai tak tau apa itu Suffolk House. Dia tidak sepopular Rumah P Ramlee apatah lagi Cheong Fat Tze Mansion. Suffolk House ialah rumah rasmi Captain Francis Light!! Telah dibaik semula, so lani kalau nak pi masuk sahaja RM10. Kalau nak buat photoshoot semua kena pi deal dengan pihak management. Beberapa tahun dulu, Kak Baby pernah treat akak dan Cakcing satu dinner session di sini
Cheong Fatt Tze Mansion
Cheong Fatt Tze adalah seorang businessman yang sangat berjaya daripada China pada era kurun ke 19. Dia travel sana sini. Tapi bila dia nak beli tiket first class kapal mat saleh, British kong kiak tak mau jual tiket first class sebab dia tu Asian. Memang keparat betui! Itu salah satu cerita yang akak dengar masa tour guide Cheong Fatt Tze mansion yang berharga RM14 seorang. Agak mahal tapi sangat worth it. Especially untuk u olls yang sangat gilakan ARCHITECTURE!!
PESTA PULAU PINANG
Menyambung lagi catatan siri penjelajahan. Kali ini, sy ingin bercerita pula tentang Pesta Pulau Pinang. Untuk makluman semua, Pesta Pulau Piang adalah ekspo perdagangan yang diadakan setiap tahun di Tapak Pesta di Sungai Nibong, Pulau Pinang. Ekspo perdagangan ini diadakan sepanjang bulan Disember dan telah diadakan setiap tahun sejak lewat 1960-an lagi.
Uniknya, pesta ini mempunyai tapaknya sendiri dan hanya dibuka selama sebulan sahaja bagi setiap tahun. Selebihnya, tapak ini akan ditutup selama hampir 11 bulan dan tidak dibuka untuk apa-apa program sekali pun. Tapak pesta ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Stesen Bas Sg. Nibong dan hanya mengambil masa 5-10 minit perjalanan dari USM.
Chow Rasta Market
di sinilah SYURGA JERUK!
Kek Lok Si Temple
Kek Lok Si Temple terletak di area area Bukit Bendera. Kat puncak Kek Lok Si Temple ni ada patung Dewi Quan Yin yang sangat besar dan cantek. Menjadi tourist attraction sebab boleh ambil gambar cantek-cantek, especially masa Hari Wesak atau Chinese New Year, depa akan bukak lampu malam-malam satu tokkong ni! Dari jauh (from my house can see), rasa macma duduk kat Beijing gitu! Elakkan pergi masa hari keagamaan Buddha kerana ramai Cina akan pi semayang.
Tropical Spice Garden
Pulau Aman Pulau Pinang
PULAU Aman?
Namanya mungkin asing bagi sesetengah orang, terutama bukan penduduk
Pinang berbanding lokasi tumpuan umum seperti Batu Feringghi, Bukit
Bendera atau PulauPulau Jerejak.
Seindah namanya, begitulah yang dapat dinikmati apabila mengunjungi pulau berkeluasan 115.2 hektar itu yang berhampiran dengan tanah besar di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Mengunjungi Pulau Aman
menjanjikan ketenteraman dan ketenangan menerusi sumber alam semula
jadi yang masih tidak terusik selain daripada menambah lagi ilmu
pengetahuan atau sejarah tanah air.
Percaya atau tidak, pulau yang juga perkampungan nelayan itu menawarkan pengalaman menarik dan menakjubkan.
Mendengar
nama Makam Purba, Gudang Peluru, Gua Lanun, Telaga Emas, Batu Payung
dan Batu Perompak pasti mencetuskan kemusykilan untuk mengetahui lebih
lanjut lagi.
Malah, pokok sukun tertua di Malaysia terdapat di pulau
itu yang ditanam seorang guru agama, Tok Awang Akib pada 1890,
menjadikan usianya kini 120 tahun dan disahkan Institut Penyelidikan dan
Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi).
Mengikut cerita penduduk, Pulau Aman diterokai pada 1783 selepas meletus peperangan di antara Kedah dan Siam sebelum pulau itu menjadi tempat berlindung.
Selain itu, pulau berkenaan turut menjadi tempat lanun atau perompak berselindung serta menyembunyikan senjata api.
Sejak itu, satu demi satu sejarah Pulau Aman terlakar sehingga mewujudkan pelbagai destinasi menarik yang kini menjadi tumpuan pelancong.
Jika ke situ, kunjungan tidak lengkap jika tidak ke Telaga Emas yang terletak beberapa meter saja dari pantai di utara pulau.
Berdasarkan sejarah, seorang penduduk pulau
itu menemui mata air yang mengalir di tepi pantai pada 1789 sebelum
menggalinya untuk dijadikan perigi atau telaga bagi kegunaan penduduk
kampung.
Jeruk Madu Pak Ali
JERUK Madu Pak Ali kini lebih sihat dan menyegarkan, ditambah dengan
madu asli, menggunakan cuka epal yang terbukti berkesan untuk kecantikan
dan kesihatan, air jeruk boleh terus diminum, dijadikan koktail, dan
telah memperolehi sijil halal Jakim.
Jeruk Madu Pak Ali merupakan produk jeruk Islam yang dipasarkan secara menyeluruh keseluruh Malaysia,
Bermula tahun 1985 jeruk madu Pak Ali ini telah diusahakan, dan kini beroperasi di IKS Tawar,
Berbagai jenis jeruk dapat diperolehi di sinI,
Produk jeruk pak Ali juga telah dijadikan satu produk pertanian yang digunakan sebagai pengenalan produk pertanian Pulau Pinang.
KELEBIHAN JERUK MADU PAK ALI
Seratus peratus pengusaha Islam.
Tidak menggunakan gula sakarin sebaliknya hanya gula biasa.
Menggunakan madu lebah asli.
Tidak mengakibatkan Batuk
Air jeruk jernih.
Menggunakan pengawit yang sedikit,
Diyakinan Halal.
JENIS-JENIS PRODUK JERUK MADU PAK ALI
JAMBU BATU
SENGKUANG
KELUBI
BETIK
MEMPELAM
PELAM SALA
KELUBI
SALAK
PALA
BERMACAM LAGI JENIS JERUK YANG ADA DAN SEDIA UNTUK DINIKMATI.
Lot 420 & 421 Kawasan Perindustrian IKS,
Perda Tasek,
04120 Simpang Ampat,
Seberang Prai Selatan,
Pulau Pinang.
Fort Corn Wallis
Fort Corn Wallis ini terletak kat area padang kota. Nak masuk sini only RM2 macam tu. Dalam kota ini, u olls boleh explore dan tengok kota peninggalan yang masih elok di dalam kawasan ini. Dulu kat sini la tempat askar-askar British stembai nak faik dengan Sultan Kedah, dan di sini jugak depa duk bubuh penjahat dalam penjara depa semua.
inilah Tari Cafe terletak di Jln Tanjung
Tokong. Kalau dari Gurney Drive korang akan jumpa Island Plaza sblh
kanan, ada simpang 4 trafick light jalan terus lagi beberapa meter akan
nampak restoran ni sebelah kiri. Kalau korang jalan terus lagi, jalan tu
akan menuju ke Batu Feringgi.
Teo Chew Cendol.
Yup! memang sedap. Santan dan gula melakanya cukop. Dihidangkan sekali bersama kacang merah yang lembut dan yang penting ais tak dikisar kasar. Kalau nak cuba, stall ni terletak di Penang Road atau lebih tepat lagi Lebuh Keng Kwee, Georgetown. Landmark : Chowrasta Market. Harga: RM2
Padang Brown Hawkers.
Senang je nak jumpa. banyak tanda arah dan sangat clear. Parking pun murah. Lepak lama pun kene 80 sen!
Kat sini ada banyak stall macam kat Padang Kota lama. Tapi bila compare, i think i would prefer kat sini, which is LEBIH MURAH dan sedap. Semua kedai buka menjelang petang hingga larut malam. Terbahagi kepada 2 area. Belah kanan Halal area, belah kiri Tak Halal-lah.
Nasi Kandar Beratur
Jalan-jalan waktu malam, terus je drive ke Nasi Kandar Beratur. Kedai nasi kandar paling famous kat Malaysia. Senang aje nak pegi, sebelah Masjid Kapitan Keling. Parking pun mudah. Peliknya kedai ni, ia dibuka pada pukul 10.00 malam. Kalau lambat, beraturlah jawabnya. Memang panjang dia punya barisan!
Semua lauk sedap, tapi mengikut pemerhatian, ramai yang ambik isi telur ikan dan ayam goreng. Ayam goreng panas-panas! Harga lebih kurang sama dengan kedai mamak di KL. Nasi + Ayam goreng + sayur = RM7.50. Ayam besar. Potong 4. Pengsan nak habiskan! Teh tarik dia, terbaik!
Nasi Kandar Line Clear
Satu lagi kedai nasi kandar yang popular di Penang adalah Nasi kandar Line Clear. Lebih kurang sama aje juadah yang dijual dengan Nasi Kandar Beratur. Ia dibuka untuk waktu makan tengahari hingga malam. Kat sini pun beratur juga. Harga pun lebih kurang sama.
Tapi mengikut apa yang saya rasa, Nasi Kandar Beratur lagi sedap dan invironment-nya lebih bersih dari Line Clear. Masih takde WOW-factor untuk saya di Line Clear.
Kedai ni terletak di Jalan Chulia berhampiran Penang Road. Tak jauh dari Chowrasta Market. berhadapan dengan Pasaraya Maiden. Harga sedikit mahal dari NKB.
KITA SELALU MENGHORMATI KEPUTUSAN ORANG DENGAN TENANG DAN BERSABAR ,ADAKAH ORG MAMPU MENGHORMATI KEPUTUSAN KITA..
mai singgah burger terbaeeek punya !!!
mai singgah burger terbaeeek punya !!!
Description
Lokasi kami terletak di Kompleks Makanan MPPP Lebuh Nipah, Pulau Pinang.Berdekatan dengan Hotel Vistana, berhadapan dengan Kayu Nasi Kandar.
Waktu beroperasi: 6PM - 2AM.
A-29, Ground Floor, Rumah Pangsa,
Jln Kampung Melayu,
Kampung Melayu, Air Hitam
GPS Coordinates: N5 24.007 E100 17.067
Tel: 019 5755 877, 012 5839771
Open 6:30am to 12:30pm (days off not fixed)
MEE UDANG SUNGAI DUA
Restoran Aur Gading, Mee Udang Sg Dua
Lot 228, Jalan Pangkalan Machang,
Titi Timbul, Sungai Dua,
13800 Butterworth, Penang.
Tel: 012-466 7967.
CHAR KOAY TEOW SUNGAI DUA
Gerai ni terletak betul-betul di Exit Sungai Dua berhampiran Plaza
Tol Sungai Dua, Pulau Pinang. Untuk direction daripada Kuala Lumpur,
keluar terus ke Exit Sungai Dua dan anda akan nampak gerai ni di laluan
utama ke Sungai Dua di Sebelah kiri.
Warung Kelapa Sawit
Bawal Goreng Warung Kelapa Sawit, Jalan Tok Kangar, Juru
1. Bawal Goreng – ada 5 kuali. Masa menunggu kurang. Self service ambil ikan.
2. Sambal kicap – kurang pedas.
3. Pilihan lauk lain – banyak
4. Pilihan air – banyak
5. Pilihan buah – banyak
6. Harga bawal – average RM 5.00. Kalau besar seekor RM 6.00.
Rojak Tonggek, Pantai Road Butterworth
KOLEKSI FILEM MELAYU 2015 -KILK SINI
gnah dgr ROJAK TONGGEK x...kt area kamoo org ada x org jual ROJAK TONGGEK
kt penang ni ada satu tmpt dinamakan ROJAK TONGGEK...perghhh mmg femes lah
aku adalah pengunjung tetap since kapel lagi
ROJAK TONGGEK ni terletak kt pantai road belah seberang sn tu area butterworth
berhampiran ngan jetty..kalo tya org kt area situ sure tahu pya :)
nape pggey ROJAK TONGGEK..sbb mkn smbil tonggek...nak
cicah sos rojak tu kena tonggek sbb takut meleleh2 plak nti...tp aku ok
jek xde lak bertonggek bagai...sopan jek muahahahaha
kuah rojak dia mmg maveles...terbaekkkkk
mcm2 rojak..pilih ajek...semua aku bedal...mmg meroyan lah
satu cucuk 4-6 kupang...jgn kome2 buang lidi tu..nti tokeh tu nak kira hehehe
:p :)) :-s beshnye boleh laa pegi nii nanti.
ReplyDeleteBanyaknya tempat menarik di penang!!
ReplyDeleteBolehlah pegi ramai2.
Jom cuti2 Malaysia :)
http://www.homestaykulim.net
Homestay Kulim Murah dan Selesa
Homestay Kulim – Polistay terletak di Taman Kulim Utama, berhampiran Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Homestay Murah, Mudah dan Selesa
Nak pasemboq
ReplyDeleteRojak tonggek tu bukak hari ahad tak?
ReplyDelete