Breaking News
Loading...

RUANGAN ILMU

| BERITA TERKINI | Seluruh Dunia...

Wednesday 26 June 2013

Senarai Tempat menarik di Cameron Highlands

00:14

Senarai Tempat menarik di Cameron Highlands

1.Perpustakaan Awam Tanah Rata(Klik utk besar gambarfoto)
Di antara tempat yang paling sesuai untuk mencari maklumat tempat-tempat menarik mengenai Cameron Highlands, latarbelakang dan sejarah Cameron Highlands
2.Ladang Teh Boh
Ladang teh Boh di Habu, Ringlet.
Ladang teh Boh di Sg Palas, Brinchang
Ladang teh Cameron Valley, Kuala Terla
Ladang teh Cameron Valley di Tanah RataLadang teh Cameron Highlands

3.Taman Rama-rama (Butterfly Garden) di Kea Farm, Brinchang

4.Muzium Time Tunnel, Brinchang
Unik dan menarik di samping membawa anda kembali ke nostalgia masa lampau terutamanya pada tahun-tahun 70-an dan 80-an. Terletak di tepi jalan berhampiran pekan Brinchang. Ianya merupakan mini muzeum yang mempamerkan beribu-ribu koleksi barangan keperluan harian semenjak berpuhan tahun yang lampau. Merangkumi koleksi jenama-jenama terkenal seperti Darkie, Lactogen, Dutch Baby,  Dumex, Nespray, air botol Fanta, A&W dan ratusan lagi jenama.

5.Ladang Strawberry
Ladang Strawberry KHM, Tanah Rata
Ladang Strawberry Big Red(Big Red Strawberry), BrinchangLadang teh Cameron Highlands
Taman Agro Tourism, Brinchang
6.Ladang Kea ( Kea Farm )
Menjual pelbagai sayur-sayuran hasil pertanian Cameron Highlands juga menjual pelbagai jenis-jenis buah-buahan yang tidak dijumpai di tempat lain seperti buah Cinta, Epal Cameron, jagung manis, jagung mutiara Cameron dan lain-lain lagi .Lokasinya di Brinchang berhampiran dengan Hotel Equatorial,  Brinchang.
7.Ladang Lebah ( Bee Farm )
Produk lebah yang dihasilkan di ladang Brinchang,Cameron Highlands
8.Pasar Malam/ Pasar Sayur di Brinchang
Pasar di mana  para petani menjual hasil sayur-sayuran ladang di sini (petang Jumaat dan petang Sabtu sahaja). Pelbagai buah-buahan hutan yang tidak pernah ditemui seperti buah cinta, buah sentul, epal cameron dan lain-lain. Terdapat juga pelbagai jeruk seperti jeruk strawberry,jeruk tomato dan lain-lain
9.Perkampungan Orang Asli
Melihat rumah-rumah orang Asli di perkampungan orang asliAsli Cameron Highlands
10.Air terjun Parit ( Parit Falls )
Boleh dikunjungi hanya dengan berjalan kaki atau pun secara hiking. Terletak ke jalan menuju ke Boh Sungei Palas tetapi perlu belok  ke kiri di mana anda  akan melalui jalan tar dan jalan batu kerikil lebih kurang 7.7km ke dalam. Lebih sesuai untuk perjalanan berkumpulan dan  menggunakan khidmat jurupandu arah atau pun tourist guide.
11.Air terjun Robinson ( Robinson Waterfalls )
Hanya boleh dikunjungi dengan berjalan kaki. Terletak 2k m dari Pekan Tanah Rata. Perlu melalui Resort Century Pines dan mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sini.
12.Central Market
Merupakan kedai persendirian yang menjual pelbagai jenis produk-produk Cameron Highlands yang popular seperti kerusi, air pancut,bunga-bungaan,teh,kraftangan, cenderahati dan lain-lain hiasan di dalam pasu. Lokasinya di tepi jalan dari Brinchang menuju ke Kea Farm.
13.Cactus Valley (Lembah Kaktus)
Lokasinya di Brinchang dan dikenakan bayaran RM4 dewasa dan RM2 kanak-kanak. Waktu operasi 8 pagi hingga 6 petang
14.Hutan Lumut ( Mossy forest ), Gunung Brinchang
Unik ,ganjil dan sentiasa berkabus, seolah-olah anda berada di alam lain yang hanya boleh dilihat di kaca televisyen atau filem-filem. Merupakan kawasan hutan yang kaya dengan lumut daripada lantai hutannnya hinggalah ke dahan-dahan pokok hutan yang diselaputi oleh lumut hijau.
15.Gunung Brinchang
Menjelajah kawasan pergunungan Cameron Highlands dan tumbuh-tumbuhan di kawasan Hutan Simpan Gunung Brinchang
16.Air Terjun Lata Iskandar
Melalui jalan lama iaitu Tapah-Cameron HIghlands. Terletak betul-betul di tepi jalan besar. Sebelum sampai ke Ringlet jika melalui jalan lama Tapah.Terdapat juga gerai-gerai cenderamata dan kraftangan hasil seni budaya Orang Asli. Juga Iskandar Water Fall Cameron Highlandsterdapat akar-akar herba hutan termasuk tongkat ali dalam bentuk asalnya.
17.Hutan Rekreasi Kuala Woh
Lokasinya lebih kurang 5km dari pekan Tapah dan 48km dari pekan Tanah Rata. Terdapat jeram dan air terjun di sini.
18.Rose Center (Pusat Bunga Ros)
Lokasi 3.5km dari pekan Brinchang, dan terletak di tepi jalan sahaja. Mempamerkan pelbagai jenis bunga-bungaan dari spesis ros dan lain-lain produk bungaan yang tipikal bagi Cameron Highlands. Bayaran masuk RM5 dewasa dan RM2 kanak-kanak.

1 comments:

  1. Nice blog,thanks many info i get from here..Welcome to my blog dorajimi.blogspot.com :)

    ReplyDelete

KLIK SINI SEBAGAI TANDA SOKANGAN DAN BERTERIMA KASIH ANDA KEPADA BLOG INI.
| PELAWAT YANG DIHORMATI | | LAMAN INI HANYALAH SEKADAR BERKONGSI INFO MENGENAI HOMESTAY, RUMAH TUMPANGAN DLL.. BERSUMBERKAN PENDAFTARAN BORANG YANG DISEDIAKAN DAN SUMBER DARI ENJIN CARIAN GOOGLE, YAHOO,SERTA SEUMPANYA..| SEBARANG URUSAN PENYEWAAN , PEMBAYAR ATAU APA SAHAJA ADALAH URUSAN ANDA DENGAN PIHAK HOMESTAY | TIADA KAITAN DENGAN LAMAN WEB INI | TERIMA KASIH |

SOKONGAN ANDA DI PERLUKAN
KLIK LIKE DI ATAS
https://shiroipay.com/page/campaign?r=s3jszss
 
Toggle Footer