Breaking News
Loading...

RUANGAN ILMU

| BERITA TERKINI | Seluruh Dunia...

Tuesday 2 July 2013

Senarai Lokasi Menarik Di Taiping Perak

11:54

MUzium perak


Muzium Perak merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883 yang menempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu. Pembinaan bangunan muzium dilakukan secara berperingkat di mana fasa pertama dibina pada 1883 dan selesai pembinaannya pada 1886. Fasa seterusnya bermula pada 1889 dengan pembinaan serambi hadapan dan belakang.
Pada 1900, bahagian belakang bangunan asal telah disambung untuk Balai Pameran dan pembinaan ini siap sepenuhnya pada 1903.

Pembinaan bangunan muzium ini diusahakan oleh Residen Perak, Sir Hugh Low dan kurator pertama Muzium Perak ialah Leonard Wray Jr. Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.

Muzium ini yang ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti mempunyai tarikan utama iaitu koleksi orang asli yang lengkapdan terbaik. Selain itu, terdapat juga peralatan-peralatan peninggalan British seperti sauh kapal, tugu peringatan, kapal terbang dan lanca.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan:

  • Tandas Awam
  • Tempat Letak Kereta
  • Kaunter Penerangan
  • Perpustakaan Mini
  • Pondok Telefon
Merupakan muzium pertama di Malaysia dan siap sepenuhnya pada tahun 1903 untuk sedia digunakan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Jabatan Muzium dan Antikuiti Wilayah Tengah
Muzium Perak
Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-807 2057
http://www.museumperak.gov.my

Tahukah Anda?
Muzium Perak mempunyai koleksi haiwan-haiwan yang diawet seperti seladang, spesis-spesis burung, rusa dan sebagainya.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------
 ZOO TAIPING

Night Safari merupakan satu tarikan baru bagi bandar Taiping dan yang pertama di Malaysia. Night Safari telah dirasmi pada 15 Jun 2003 oleh DYMM Sultan Azlan Shah memberi satu kelainan kepada pengunjung di mana keindahan dan keaslian alam semulajadi di waktu malam dapat dilihat. Night Safari mempamerkan hidupan-hidupan haiwan yang aktif di waktu malam yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menghayati suasana alam semulajadi dan habitat asal hidupan liar di mana bunyi pelbagai jenis haiwan dapat didengari seperti burung pungguk, musang, kijang, harimau kumbang dan sebagainya. Dalam Anugerah Pelancongan Malaysia 2003, Zoo Taiping dan Night Safari telah berjaya memenangi Anugerah Tarikan Pelancongan Terbaik Kategori Buatan Manusia.
Night Safari Taiping adalah satu produk perlancongan unik di mana haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dipamerkan dengan menggunakan lampu-lampu khas yang seakan-akan cahaya bulan. Pengunjung dapat menghayati suasana alam semulajadi dan habitat asal hidupan liar di mana bunyi pelbagai jenis haiwan dapat didengari.
Untuk menghayati sepenuhnya pengalaman ini, pengunjung dikehendaki meminimakan bunyi-bunyian atau suara supaya dapat mendengar bunyi-bunyi haiwan ini, serta tidak mengganggu ketenteraman di Night Safari. Pengunjung dilarang membawa lampu suluh dan kamera berflash di Night Safari kerana ini akan mengganggu haiwan yang dipamerkan.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Zoo Taiping & Night Safari
Jln. Tmn. Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-8086577
Tahukah Anda?
Night Safari merupakan zoo ke-3 di dunia yang dibuka pada waktu malam selepas zoo di China dan Singapura.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
KOMPLEK SEJARAH MATANG A.K.A KOTA NGAH IBRAHIM

Kompleks Sejarah Matang(dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim) yang terletak di Bukit Gantang, Matang (dulu Permatang), Perak, telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan adalah anak kepada Cek Long Jaffar orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Kompleks ini adalah merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina hanya menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada batu batan sahaja.
Setelah Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4 Februari 1895, Kota ini diletak dibawah pengawasan pentadbiran Inggeris sehingga ianya dijadikan sebagai Maktab Perguruan Melayu Matang (1913-1922). Selepas itu dijadikan pula sebagai Sekolah Melayu (1913-1941). Semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941-1945) ianya berperanan sebagai Markas Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah dan berakhirnya Perang Dunia Kedua tahun 1946, ianya dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu (1945-1984). Kota ini dijadikan Kompleks Sejarah Matang hingga sekarang mulai tahun 1985 setelah ianya diserahkan kepada Jabatan Muzium Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti).

Koleksi dan Galeri

Koleksi muzium terdiri daripada semua jenis artifak berhubung kait dengan kronologi penubuhan kompleks ini sendiri.

Pameran Tetap

Pameran tetap muzium memperagakan artifak berhubungkait dengan kronologi penubuhan bangunan dan penggunaan bangunan itu sendiri bermula daripada keluarga Cek Long Jaffar, Ngah Ibrahim, Pemerintahan Inggeris, Pendudukan Jepun, Maktab Latihan Perguruan Melayu Matang dan Sekolah Melayu.

Hari & Masa Lawatan

Setiap hari dari 9.00 pagi - 5.00 petang

Bayaran Masuk

Percuma

Pegawai untuk dihubungi

Pn. Zairul Hida - Penolong Kurator

Alamat

Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim,
Matang, Taiping, 34750 Perak
Tel : +605 8477970 , +605 8472497
Faks : +608 8477757
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------
TERNAKAN LAUT

Hutan Paya Laut bukan hanya memelihara keindahan hutan dan pokok bakau semulajadi tetapi juga menyediakan dan memelihara tempat pembiakan dan sumber makanan serta perlindungan bagi pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan, udang, kerang, ketam dan sebagainya.

Ini memberi satu daya tarikan yang unik kepada pengunjung dengan pelbagai aktiviti ternakan laut seperti penternakan ikan dalam sangkar, menangkup kerang dan ketam serta aktiviti memancing di alur-alur sungai yang dilakukan oleh nelayan dan penduduk tempatan.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------
BANGGUNAN WARISAN

Bangunan-bangunan warisan yang terdapat di Taiping lebih tertumpu kepada bangunan kerajaan dan rumah kedai di mana senibinanya adalah dari pengaruh Inggeris. Terdapat 83 rumah kedai dan 34 bangunan-bangunan awam di Taiping. Rumah kedai merupakan bangunan yang paling nyata dan menjadi tanda tempat yang penting di Taiping. Ianya diimport dari China dan dipengaruhi pula oleh arkitektur kolonial yang berkembang pada abad ke 16 hingga pertengahan abad ke-20. Senibina kolonial ini adalah senibina yang dibawa oleh penjajah-penjajah Eropah yang pernah menjajah Malaysia seperti Portugis, Belanda dan Inggeris yang telah diubahsuai mengikut keadaan iklim Malaysia.
Senibina yang sering digunakan ialah Utilitarian, Neo-Classical, Palladian, Minnan, Moden dan sebagainya. Salah satu keunikan bangunan warisan ini adalah kebanyakan pembinaan bangunan-bangunan konkrit yang terdapat di Larut mendahului tempat-tempat lain di Semenanjung.
Malahan menurut pendapat umum, pekan Taiping sudah pun muncul dengan bangunan-bangunan dan rumah-rumah batu sedangkan ketika itu Kuala Lumpur masih lagi dipenuhi rumah-rumah usang seperti bangsal. Rekabentuk kedai-kedai serta bangunan-bangunan kerajaan masih kelihatan utuh dan menarik di mana pengunjung dapat merasai nostalgia zaman kegemilangan Taiping melalui bangunan-bangunan sejarah ini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Taman Tasik Taiping

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Taman Tasik Taiping
Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880. Zoo Taiping terletak di taman tasik ini. Keluasan taman tasik di Taiping ini, mencapai hingga 62 hektar.

2 comments:

  1. wahh.. bnyknya tempat menarik kat perak rupanya... aku kena dtg sini jugak! thanks for sharing!

    ReplyDelete
  2. sudah tentu taiping menarik...

    ReplyDelete

KLIK SINI SEBAGAI TANDA SOKANGAN DAN BERTERIMA KASIH ANDA KEPADA BLOG INI.
| PELAWAT YANG DIHORMATI | | LAMAN INI HANYALAH SEKADAR BERKONGSI INFO MENGENAI HOMESTAY, RUMAH TUMPANGAN DLL.. BERSUMBERKAN PENDAFTARAN BORANG YANG DISEDIAKAN DAN SUMBER DARI ENJIN CARIAN GOOGLE, YAHOO,SERTA SEUMPANYA..| SEBARANG URUSAN PENYEWAAN , PEMBAYAR ATAU APA SAHAJA ADALAH URUSAN ANDA DENGAN PIHAK HOMESTAY | TIADA KAITAN DENGAN LAMAN WEB INI | TERIMA KASIH |

SOKONGAN ANDA DI PERLUKAN
KLIK LIKE DI ATAS
https://shiroipay.com/page/campaign?r=s3jszss
 
Toggle Footer