1. PENGENALAN
- - Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan semasa pebentangan Bajet 2010 di Dewan Undangan Negeri Perak pada 28/10/2009 telah mewujudkan Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak (kini dikenali sebagai Tabung Pendidikan Aman Jaya).
- - Ucapan pebentangan bajet 2010 Y.A.B. Menteri Besar Perak adalah seperti berikut:-
“Kerajaan Negeri Perak juga akan mewujudkan Tabung Simpanan Pendidikan Negeri di mana peruntukan RM200 disediakan untuk kelahiran anak Perak. Inisiatif ini merupakan simpanan pendidikan mereka untuk masa hadapan. Bagi tujuan ini peruntukan sebanyak RM2,000,000 disediakan pada tahun 2010 dan akan disalurkan melalui Yayasan Perak”.
2. LATAR BELAKANG
- - Peruntukan tersebut adalah sebanyak RM200.00 seorang yang telah disediakan bagi setiap kelahiran anak Perak bermula pada tahun 2010.
- - Peruntukan ini akan disalurkan melalui Yayasan Perak.
- - Peruntukan ini bermaksud bahawa sebanyak RM200.00 disediakan bagi setiap kelahiran anak Perak tidak mengira bangsa dan agama.
- - Bagi maksud Anak Perak, pengertian seperti yang diperuntukan dalam Akta Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan iaitu:-
“Pemohon atau Ibu atau Bapa hendaklah lahir di Negeri Perak atau telah bermastautin dengan tinggal di Negeri Perak secara berterusan untuk tempoh 10 tahun atau lebih”.
3. OBJEKTIF/ MATLAMAT
- - Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak adalah bertujuan sebagai inisiatif pendidikan dan pelajaran yang merupakan simpanan pendidikan untuk masa depan anak-anak kelahiran Negeri Perak. - Pengwujudan Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak ini adalah untuk membolehkan anak-anak kelahiran negeri Perak mulai tahun 2010 mempunyai simpanan untuk menjamin pendidikan dan pelajaran mereka di masa hadapan.
4. SASARAN
- - Sasaran utama tabung ini adalah untuk anak-anak yang dilahirkan di Negeri Perak sahaja. Kelahiran dikira mulai 1/1/2010 selepas jam 12.00 tengah malam. Kelahiran hendaklah didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara didalam Negeri Perak atau mana-mana tempat dalam Negeri Perak sahaja.
5. PERATURAN / SYARAT-SYARAT
- - Anak kelahiran Negeri Perak adalah bermaksud sepertimana yang termaktub di dalam Akta Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan.
- - Kelahiran Anak Negeri Perak bermula pada 1/1/2010 mulai selepas jam 12.00 tengah malam.
- - Anak kelahiran Negeri Perak mestilah mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Perak atau mana-mana tempat dalam Negeri Perak dan mempunyai Sijil Kelahiran yang sah.
- - Hendaklah mendaftar dengan Yayasan Perak untuk mendapat Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak ini melalui borang atau kaedah-kaedah yang akan difikirkan dari masa kesemasa.
- - Setiap kelahiran akan mendapat RM200.00 dan wang tersebut akan dimasukkan ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
- - Ibu/Bapa/Penjaga digalakkan menabung dan menambah tabungan di dalam SSPN dari masa ke semasa.
- - Wang simpanan dalam tabungan SSPN ini boleh dikeluarkan selepas anak kelahiran Negeri Perak tersebut genap 18 tahun ke atas.
- - Sekiranya anak-anak kelahiran Perak yang mendaftar melalui Yayasan Perak dan menabung di dalam SSPN tersebut meninggal dunia sebelum 18 tahun maka wang tersebut akan dikembalikan kepada waris yang mendaftar dengan Yayasan Perak.
0 comments:
Post a Comment