Muzium
Perang Pulau Pinang ini terletak di Bukit Batu Maung yang merupakan
kubu pertahanan asal pihak British sewaktu Perang Dunia Kedua. Muzium
ini turut mengisahkan pelbagai aspek yang berlaku sewaktu Perang Dunia
Kedua dan kehidupan penduduk yang terjejas waktu itu.
Ramai
yang mungkin tidak sedar Muzium Perang Pulau Pinang di puncak Bukit
Batu Maung adalah muzium terbesar di Asia Tenggara yang dibina pada 1930
dan digunakan untuk operasi ketenteraan British pada Oktober 1939.
Berbeza
dengan muzium lain, pengunjung berpeluang merasa pengalaman melalui
satu daripada tiga terowong keselamatan rahsia yang pernah digunakan
tentera British dan Jepun.Bagaimanapun,
untuk memasuki terowong keselamatan pertama yang panjang, gelap,
sempit, berbelok-belok dan pasti amat menyeramkan itu, pengunjung perlu
berjalan dalam keadaan tunduk.Satu
terowong lain pula menghala ke laut yang kini ditutup kepada orang
ramai, tetapi pernah digunakan sebagai terowong rahsia askar British
meninggalkan Pulau Pinang untuk melarikan diri ke Singapura ketika Jepun
menyerang.
Pengunjung
juga berpeluang melawat dalam kubu yang terbahagi kepada tiga bangunan
utama dengan melihat lebih dekat reka bentuk kubu yang menjadi tempat
perlindungan askar apabila mendengar semboyan kecemasan dibina dengan
teliti.Mengikut
sejarah, kubu pertahanan British itu jatuh ke tangan tentera Jepun pada
1942 selepas satu pertempuran membabitkan lebih 1,500 anggota tentera
British termasuk askar Punjab, Gurkha dan Melayu itu menyebabkan ramai
tentera British mati dan cedera di tangan tentera Jepun.
Tentera Jepun kemudian menjadikan kubu itu tempat tahanan dan penyeksaan selama kira-kira dua tahun setengah sebelum menyerah kalah kepada Tentera Berikat pada 1945, sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua.
Bermula
dari itu, kubu seluas lapan hektar itu ditinggal dan dibiarkan begitu
saja menyebabkan ia dipenuhi semak, lumut dan kotor manakala haiwan liar
di bukit itu menjadikan lokasi berkenaan sebagai habitat mereka.Bagaimanapun,
selepas lebih 60 tahun diabaikan pada Oktober 2002, bekas kubu
pertahanan British itu dijadikan Muzium Perang Pulau Pinang yang
menyimpan pelbagai rahsia dan sejarah.
Tempat Paling Menyeramkan di Asia ?
National Geographic Channel telah meletakkan muzium ini sebagai antara 10 tempat paling menakutkan di Asia.Direka oleh jurutera di-Raja British dan dibina oleh banduan dari India yang sedang menunggu hukuman mati, muzium ini pernah menjadi saksi hukuman pancung tentera Jepun di dalam kawasan kubu. Dikatakan sewaktu kubu ini diteroka untuk dijadikan muzium, terdapat kuburan yang dijumpa dan proses menghalau roh-roh di sini terpaksa di buat sebelum ia dibuka kepada awam.
Jika anda ke sini, anda juga akan dapat melihat alat dan tempat tentera Jepun memancung tahanan.
Lawatan Penang Spooky Tour
Pihak muzium ada membuat lawatan Penang Spooky Ghost Tour sewaktu malam sambutan Hungry Ghost Festival. Anda bukan saja dapat melawatnya pada malam hari, tetapi juga boleh bermalam di sini pada hari itu.Sila hubungi pihak muzium untuk butiran lanjut.
Waktu Operasi
Isnin – Ahad : 9 pg – 11 mlmHarga Tiket
WarganegaraDewasa — RM20
Kanak-Kanak — RM10
0 comments:
Post a Comment