Breaking News
Loading...

RUANGAN ILMU

| BERITA TERKINI | Seluruh Dunia...

Monday 9 February 2015

LOKASI MENARIK TELUK BATIK LUMUT PERAK

11:00

Teluk Batik


Lokasi
Lumut
Alamat
Teluk Batik terletak di mukim Lumut lebih kurang 10 minit dari Bandar Seri Manjung (dari Ipoh-73km(1½ jam)
Perincian maklumat
Teluk Batik dinamakan Teluk Batak pada zaman awal kewujudannya. Walau bagaimanapun pada 26 April 1974 nama Teluk Batak telah ditukar kepada Teluk Batik. Pantai yang terletak lebih kurang 6.5 kilometer daripada Bandar Lumut adalah sebuah destinasi pelancongan dan perkelahan yang ideal untuk dikunjungi kerana memiliki kemudahan-kemudahan istimewa yang diperlukan sebagai tempat pelancongan menarik.
Pantainya yang panjang dan berlatar belakangkan hutan hujan tropika menarik hati sesiapa sahaja yang memandang. Pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti chalet, gerai makan, tandas, tempat persalinan, tempat letak kereta dan taman permainan kanak-kanak. Kawasan pantai ini dikelilingi oleh keindahan hutan hujan tropika yang merimbun di bukit-bukit yang terdapat di sekelilingnya. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah lebih kurang 60 ekar persegi manakala panjang pantainya adalah 1 km.

Sejarah

Sejarah Teluk Batik dikatakan bermula kedatangan kaum Batak dari Kepulauan Sumatera di Indonesia. Ceritanya bermula apabila pada zaman dahulu lanun-lanun dan perompak menjadikan perairan Selat Melaka tempat mereka merompak dan merampas hasil dagangan dan kepunyaan pemilik oaring-orang yang menggunakan laluan Selat Melaka tersebut. Ini tidak terkecualilah kaum Batak ini. Mereka menjadikan Teluk Batik yang ada sekarang tempat perlindungan daripada ancaman lanun dan perompak tersebut. Dari situ bermulalah penempatan kaum Batak dan tempat tersebut telah dipanggil Teluk Batak. Diberitahu oleh kebanyakan penduduk asal berhampiran (Kampung Teluk Muruk dan Kampung Padang Tembak) panggilan Teluk Batak kekal sehinggal awal 80an, selepas itu oleh kerana panggilan Teluk Batak tidak sedap didengar maka ianya telah ditukar dengan panggilan Teluk Batik. Panggilan nama Teluk Batik kekal sehingga sekarang. Anggaran keluasan Teluk Batik ialah berukuran lebih kurang 60 ekar persegi. Nama Teluk Batak ini telah ditukar kepada Teluk Batik secara rasminya pada 26 hb. April 1974.
Kemudahan dan insentif dari Majlis Perbandaran Manjung

  • Tapak perkhemahan (Camping site)

  • Taman permainan kanak-kanak (Children's playground)

  • Chalet (Chalet)

  • Bilik seminar (Semiar rooms)

  • Kedai cenderamata (Souveniour shops)

  • Kedai makan (Diners)

  • Wakaf

  • Padang (Fields)

  • Bangku (Benches)

  • Kerusi rehat (Rest chairs)

  • Tandas (Toilets)

  • Bilik persalinan (Changing rooms)

  • Telefon awam (Public phones)

  • Tong sampah (Rubbish bins)

  • Papan tanda (Signages)

  • Laluan pejalan kaki (Pedestrian walk)

  • Tempat letak kereta (Car parks)

  • Lanskap baru (Lanscaping)

  • Khidmat promosi (Promotional services)

0 comments:

Post a Comment

KLIK SINI SEBAGAI TANDA SOKANGAN DAN BERTERIMA KASIH ANDA KEPADA BLOG INI.
| PELAWAT YANG DIHORMATI | | LAMAN INI HANYALAH SEKADAR BERKONGSI INFO MENGENAI HOMESTAY, RUMAH TUMPANGAN DLL.. BERSUMBERKAN PENDAFTARAN BORANG YANG DISEDIAKAN DAN SUMBER DARI ENJIN CARIAN GOOGLE, YAHOO,SERTA SEUMPANYA..| SEBARANG URUSAN PENYEWAAN , PEMBAYAR ATAU APA SAHAJA ADALAH URUSAN ANDA DENGAN PIHAK HOMESTAY | TIADA KAITAN DENGAN LAMAN WEB INI | TERIMA KASIH |

SOKONGAN ANDA DI PERLUKAN
KLIK LIKE DI ATAS
https://shiroipay.com/page/campaign?r=s3jszss
 
Toggle Footer