Breaking News
Loading...

RUANGAN ILMU

| BERITA TERKINI | Seluruh Dunia...

Saturday 21 March 2015

JOM KE MUZIUM PERANG BATU MAUNG PULAU PINANG

18:56
Muzium Perang Pulau Pinang ini terletak di Bukit Batu Maung yang merupakan kubu pertahanan asal pihak British sewaktu Perang Dunia Kedua. Muzium ini turut mengisahkan pelbagai aspek yang berlaku sewaktu Perang Dunia Kedua dan kehidupan penduduk yang terjejas waktu itu.

Ramai yang mungkin tidak sedar Muzium Perang Pulau Pinang di puncak Bukit Batu Maung adalah muzium terbesar di Asia Tenggara yang dibina pada 1930 dan digunakan untuk operasi ketenteraan British pada Oktober 1939.

Berbeza dengan muzium lain, pengunjung berpeluang merasa pengalaman melalui satu daripada tiga terowong keselamatan rahsia yang pernah digunakan tentera British dan Jepun.Bagaimanapun, untuk memasuki terowong keselamatan pertama yang panjang, gelap, sempit, berbelok-belok dan pasti amat menyeramkan itu, pengunjung perlu berjalan dalam keadaan tunduk.Satu terowong lain pula menghala ke laut yang kini ditutup kepada orang ramai, tetapi pernah digunakan sebagai terowong rahsia askar British meninggalkan Pulau Pinang untuk melarikan diri ke Singapura ketika Jepun menyerang.

Pengunjung juga berpeluang melawat dalam kubu yang terbahagi kepada tiga bangunan utama dengan melihat lebih dekat reka bentuk kubu yang menjadi tempat perlindungan askar apabila mendengar semboyan kecemasan dibina dengan teliti.Mengikut sejarah, kubu pertahanan British itu jatuh ke tangan tentera Jepun pada 1942 selepas satu pertempuran membabitkan lebih 1,500 anggota tentera British termasuk askar Punjab, Gurkha dan Melayu itu menyebabkan ramai tentera British mati dan cedera di tangan tentera Jepun.

Tentera Jepun kemudian menjadikan kubu itu tempat tahanan dan penyeksaan selama kira-kira dua tahun setengah sebelum menyerah kalah kepada Tentera Berikat pada 1945, sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua.




Bermula dari itu, kubu seluas lapan hektar itu ditinggal dan dibiarkan begitu saja menyebabkan ia dipenuhi semak, lumut dan kotor manakala haiwan liar di bukit itu menjadikan lokasi berkenaan sebagai habitat mereka.Bagaimanapun, selepas lebih 60 tahun diabaikan pada Oktober 2002, bekas kubu pertahanan British itu dijadikan Muzium Perang Pulau Pinang yang menyimpan pelbagai rahsia dan sejarah.

Tempat Paling Menyeramkan di Asia ?

National Geographic Channel telah meletakkan muzium ini sebagai antara 10 tempat paling menakutkan di Asia.
Direka oleh jurutera di-Raja British dan dibina oleh banduan dari India yang sedang menunggu hukuman mati, muzium ini pernah menjadi saksi hukuman pancung tentera Jepun di dalam kawasan kubu. Dikatakan sewaktu kubu ini diteroka untuk dijadikan muzium, terdapat kuburan yang dijumpa dan proses menghalau roh-roh di sini terpaksa di buat sebelum ia dibuka kepada awam.
Jika anda ke sini, anda juga akan dapat melihat alat dan tempat tentera Jepun memancung tahanan.

Lawatan Penang Spooky Tour

Pihak muzium ada membuat lawatan Penang Spooky Ghost Tour sewaktu malam sambutan Hungry Ghost Festival. Anda bukan saja dapat melawatnya pada malam hari, tetapi juga boleh bermalam di sini pada hari itu.
Sila hubungi pihak muzium untuk butiran lanjut.

Waktu Operasi

Isnin – Ahad : 9 pg – 11 mlm

Harga Tiket

Warganegara
Dewasa — RM20
Kanak-Kanak — RM10

0 comments:

Post a Comment

KLIK SINI SEBAGAI TANDA SOKANGAN DAN BERTERIMA KASIH ANDA KEPADA BLOG INI.
| PELAWAT YANG DIHORMATI | | LAMAN INI HANYALAH SEKADAR BERKONGSI INFO MENGENAI HOMESTAY, RUMAH TUMPANGAN DLL.. BERSUMBERKAN PENDAFTARAN BORANG YANG DISEDIAKAN DAN SUMBER DARI ENJIN CARIAN GOOGLE, YAHOO,SERTA SEUMPANYA..| SEBARANG URUSAN PENYEWAAN , PEMBAYAR ATAU APA SAHAJA ADALAH URUSAN ANDA DENGAN PIHAK HOMESTAY | TIADA KAITAN DENGAN LAMAN WEB INI | TERIMA KASIH |

SOKONGAN ANDA DI PERLUKAN
KLIK LIKE DI ATAS
https://shiroipay.com/page/campaign?r=s3jszss
 
Toggle Footer