Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada muslimin serta muslimat yg dikasihi, selamat pagi kepada teman2 yg bukan beragama islam yg di hormati sekalian ...
Sabtu 1 April 2017 masihi bersamaan 4 Rejab 1438 Hijrah Cuaca pagi ini agak lembab dan dingin di sekitar Glugor Penang, sari berita ringkas terkini khas utk semua ahli group yg tersayang ...
BERITA DALAM NEGARA
====================
✍ Sepang: Detik yang melegakan bagi juruterbang Leftenan Kolonel Hasrizan Kamis ialah apabila pesawat yang membawa sembilan rakyat Malaysia mendapatkan 'lampu hijau' untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pyongyang.
✍ Subang Jaya: Polis masih meneruskan siasatan berhubung kes pembunuhan abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-nam walaupun mayat sudah diserahkan kepada waris.
✍ Putrajaya: Mahkamah Majistret di sini memerintahkan ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang dipercayai terbabit dalam cubaan merasuah Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berhubung penganugerahan pingat direman selama lima hari bermula smlm.
✍ Putrajaya: Seramai 471 pelajar dikenal pasti memandu kenderaan tanpa lesen sah ke sekolah manakala 155 pelajar tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal.
✍ KUALA LUMPUR: Sempena ulang tahun ke-20 LRT laluan Ampang, pengguna bakal menikmati kemudahan parkir percuma di Kompleks Parkir Bertingkat Stesen LRT laluan Ampang bermula 1 April, promosi akan berlangsung selama enam bulan hingga 30 September ini kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Ir Zohari Sulaiman .
✍ Johor Bahru: Kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas mandi bersama dua rakannya di Sungai Serai, Kampung Sentosa, Cahaya Baru dekat Masai, petang semalam.
✍ Alor Setar: Polis menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kubang Rotan, di sini, semalam, selepas didapati menjalankan kegiatan perjudian tidak berlesen.
✍ KUALA LUMPUR: Pemandu teksi boleh menjalankan perkhidmatan tanpa menggunakan meter sekiranya memilih untuk menggunakan sistem e-hailing.
✍ Balik Pulau: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang berlanggar dengan kereta di Jalan Balik Pulau/Teluk Kumbar jam 12.10 tengah hari smlm.
✍ Alor Gajah: Pengusaha Kedai Kain 12 Collection di pekan Masjid Tanah, di sini, hari ini, melelong kain dengan potongan harga antara 70 hingga 80 peratus selepas barangan itu basah akibat bumbung bocor ketika hujan lebat pagi semalam.
✍ Kota Kinabalu: Polis mengesahkan lelaki yang ditembak mati di Taman Sri Gayang, Tuaran, malam tadi, adalah ketua kumpulan pecah rumah, curi kenderaan dan samun yang dikehendaki pihak berkuasa.
✍ IPOH: Seramai 293 mangsa banjir dari 69 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan banjir di dua daerah di Perak setakat jam 5 petang smlm.
✍ Ipoh: Polis menahan enam lelaki termasuk dua warga Bangladesh berusia 30 hingga 40 tahun di sekitar Lembah Klang dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan pembelian alat penghawa dingin di negeri ini menggunakan 'cek tendang', Selasa lalu.
✍ Georgetown: Mayat lelaki yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang Selasa lalu ditemui terdampar di Pulau Aman petang semalam.
✍ Jertih: Tindakan empat pengemis warga asing termasuk seorang wanita berbaju kurung dan berhijab menyamar seperti orang tempatan dan beragama Islam terbongkar selepas ditahan ketika menjalankan kegiatan meminta sedekah di Pasar Tani Jertih, di sini, semalam.
✍ Kajang: Sekumpulan penjenayah dikesan menggunakan gajet elektronik yang mampu membuka pintu kenderaan tanpa mengaktifkan sistem penggera keselamatan.
✍ Kuala Lumpur: Mangsa penipuan skim pelaburan yang didalangi Mr Az mengharapkan lelaki itu tampil menyerah diri kepada polis dan memulangkan semula modal pelaburan mereka.
✍ Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen di sini, memerintahkan enam lelaki yang didakwa memiliki 1,308 kura-kura membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap semua tertuduh.
✍ Alor Gajah: Pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, smlm, selepas mengaku salah merogol dan meliwat kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, minggu lalu.
✍ Putrajaya: Sindiket pemalsuan dokumen yang sudah beroperasi selama tiga tahun tumpas dengan tertangkapnya dalang utama warga Myanmar dikenali sebagai Dr Harun, 23 Mac lalu.
✍ Miri: Seramai 30 nelayan Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Miri dalam Op Permai di perairan Miri, Selasa lalu.
✍ Seremban: Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, smlm, atas tuduhan menerima rasuah RM1,000 pada 2013.
✍ Kuala Lumpur: Lori membawa muatan getah terbakar di Kilometer 30.5 Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur menyebabkan kesesakan lebih 10 kilometer, smlm.
✍ BACHOK: Seorang lelaki lemas manakala budak perempuan berusia tujuh tahun hilang ketika mandi di Pantai Kemayang, Tawang di sini, petang smlm.
✍ LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun adalah antara tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan oleh pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) kerana menyeludup petrol.
BERITA LUAR NEGARA
====================
Moscow: Seorang wanita berusia 26 tahun menganggap dirinya paling bernasib baik apabila memperoleh pekerjaan sebagai penguji sofa.
Anna Cherdantseba yang berasal dari Ufa di Republik Bashkortostan di Russia kini akan menghabiskan masa 10 jam sehari untuk menguji sofa baru.
Tugas utamanya ialah untuk menilai keselesaan dan keselamatan sofa yang dikeluarkan syarikat perabot terkenal Russia, MZ5 Group.
Dia kini menjalani latihan dengan gaji permulaan sebanyak 56,000 ruble (RM4,400) untuk tiga bulan pertama.
BEENLEIGH: Mayat seorang wanita ditemui, hari ini dan 10,000 orang dipindahkan dari bandar di dua negeri di Australia akibat hujan lebat berterusan susulan Taufan Debbie.
Polis New South Wales berkata, wanita itu dilaporkan hilang dalam banjir berhampiran Murwillumbah di selatan sempadan Queensland akibat Taufan Debbie.
Taufan Debbie kategori empat melanda timur laut Australia pada Selasa lalu, di antara Bowen dan Airlie Beach di negeri Queensland.
TULAR
========
⭐ Lisbon: Cristiano Ronaldo mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang dinamakan semula sempena namanya namun patung gangsa yang tidak menyerupai wajahnya menjadi tular dan perbualan utama.
Seramai 5,000 penyokong yang menjerit, pemain Portugal itu sendiri dan Perdana Menteri serta Presiden negara itu semuanya hadir di lapangan terbang Madeira, kepulauan Ronaldo dilahirkan.
Turut dipamerkan adalah patung gangsa pemain itu yang tergolong dalam kalangan pemain terhebat sepanjang zaman.
Namun kecuali rambutnya yang kelihatan hampir sama, pengguna media sosial pantas mengutuk patung itu apabila menganggapnya terlalu hodoh dan tidak langsung kelihatan seperti Ronaldo.
Johannesburg, Afrika Selatan: Seorang lelaki yang ditangkap penduduk kerana disyaki melakukan banyak jenayah pecah rumah dipaksa menggali lubang sebelum separuh badannya ditanam dalam lubang itu.
Dalam rakaman video yang tular disiarkan semalam, orang ramai di bandar Dwarsloop di wilayah Mpumalanga kemudian memukul lelaki itu yang separuh badannya tertanam.
Menurut media tempatan, orang ramai sebelum ini bercadang membakar lelaki berkenaan hidup-hidup dan selepas lebih sejam tertanam, selepas puas merayu, lelaki berkenaan dibebaskan.
Rio de Jenerio, Brazil: Malang bagi seekor ular boa yang menderita kesakitan ketika cuba membaham landak namun landak itu mempertahan dirinya dengan menembak duri pada badan ular berkenaan.
Dalam kejadian di Brazil yang tidak dinyatakan tempat dan masa ini, rakaman video tersebut tular, menunjukkan ular itu tidak berdaya bergerak sebaliknya mengeliat kesakitan dengan duri landak memenuhi hampir seluruh badannya.
Antara komen mereka yang melihat video itu ialah ‘Hari malang ular ini, kasihan dia menderita’ dan ‘Tak ada sesiapa mahu membantunya?’.
⛳ BERITA SUKAN
==============
London: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menyatakan beliau “menentang sepenuhnya” perlawanan persahabatan antarabangsa berikutan kecederaan dialami tonggak pertahanan Chris Smalling dan Phil Jones ketika tugasan bersama England.
Mourinho dijangka tanpa lima pemain utama menentang West Brom malam esok (mlm ni), termasuk kecederaan dialami Paul Pogba dan penggantungan perlawanan Zlatan Ibrahimovic.
Buenos Aires: Pasukan ranking nombor satu dunia Argentina berdepan risiko gagal layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1970 selepas penggantungan Lionel Messi dan kekalahan memalukan di tangan Bolivia.
Nasib juara dunia dua kali itu semakin tidak menentu ketika Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) menamakan pegawai eksekutif baru, semalam.
MANILA: Legenda tinju Manny Pacquiao kembali berunding kemungkinan mengadakan pertarungan dengan peninju Australia yang belum pernah kalah, Jeff Horn, kata penasihat juara tinju Filipina itu, hari ini.
Pengumuman itu dibuat selepas pertarungan tumpuan bernilai AS$38 juta (RM167.2 juta) antara Pacquiao dengan peninju Britain, Amir Khan tidak menjadi, kononnya selepas pelabur di Emiriah Arab Bersatu (UAE) gagal mendapatkan dana.
Kuala Lumpur: “Hanya senarai awal,” ujar Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengenai penyenaraian jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei (gambar) ke Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.
Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengharapkan Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLPP) menggunakan budi bicara dengan tidak mengenakan hukuman pemotongan mata ke atas pasukan negeri itu sekiranya gagal mematuhi tempoh pembayaran tunggakan gaji dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berakhir hari ini.
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menerima kunjungan Jorge Mendes dan bekas Presiden kelab bola sepak Barcelona, Joan Laporta.
Demikian menurut kenyataan terbaharu akaun Facebook rasmi kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Johor Souther Tigers, sebentar tadi.
Mendes yang dikenali sebagai 'Super-Agent' adalah ejen yang mewakili pemain-pemain dunia terkenal antaranya Cristiano Ronaldo, Angel Di Maria, James Rodriguez dan Diego Costa.
Kedatangan kedua-dua tokoh bola sepak Eropah ke Johor Bahru itu adalah bagi mengucapkan tahniah di atas pelantikan baginda sebagai Presiden FAM yang baharu.
WAKTU SOLAT
==============
KAWASAN NEGERI PULAU PINANG DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA
Imsak :05:51
Subuh :06:01
Syuruk :07:16
Zohor :13:25
Asar :16:26
Magrib :19:29
Isyak :20:38
1 April 2017
4 Rejab 1438
piloi_hani al-linggi..
#repoterataspokok
0 comments:
Post a Comment