Breaking News
Loading...

RUANGAN ILMU

| BERITA TERKINI | Seluruh Dunia...

Tuesday 28 March 2017

selasa 28 /3/2017 BERITA RINGKAS TERKINI

15:01

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada muslimin serta muslimat yg dikasihi, selamat pagi kepada teman2 yg bukan beragama islam yg di hormati sekalian ������...

         Selasa 28 March 2017 masihi bersamaan 29 Jamadilakhir 1438 Hijrah �� Cuaca pagi ini agak lembab dan dingin di sekitar Taman Sentosa Klang Selangor, sari berita ringkas terkini khas utk semua ahli group yg tersayang ��...

���� BERITA DALAM NEGARA
====================

           ✍�� Kuala Lumpur: Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengisytiharkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Malaysia (ASM) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) masing-masing sebanyak 6.00 sen dan 6.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2017.

           ✍�� Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengenal pasti individu yang terbabit dalam kes cubaan merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berhubung penganugerahan pingat.

           ✍�� JOHOR BAHRU: Pemandu wanita yang terbabit dalam kemalangan berbasikal sehingga meragut lapan nyawa di Jalan Lingkaran Dalam di sini bulan lalu, akan didakwa di Mahkamah Trafik Johor Bahru, esok (hari ini).

           ✍�� KUALA LUMPUR: Tempoh menunggu menunaikan haji dipendekkan daripada 102 tahun kepada 89 tahun berikutan penambahan kuota haji rakyat negara ini kepada 30,200 berbanding 27,900 orang.

           ✍�� BUTTERWORTH - Hujan lebat lebih sejam petang smlm menyebabkan beberapa kawasan sekitar Butterworth dinaiki air dan sejumlah kenderaan terkandas sehingga berlaku kesesakan hampir satu kilometer di Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) di sini.

            ✍�� Kuala Terengganu: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, smlm selepas mengaku salah mendera anak tiri perempuannya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) kategori lembam menggunakan wayar dan penyangkut baju.

            ✍�� Johor Bahru: Polis menahan seorang pembantu pusat tuisyen lelaki berusia 26 tahun bagi membantu siasatan kes dera kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun di sebuah pusat tuisyen di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) di sini.

            ✍�� Melaka: Sekurang-kurangnya 16 kereta mengalami kerosakan akibat kebakaran bahan kimia di sebuah kilang pengeluaran bahan plastik, di Ayer Keroh di sini, petang smlm.

            ✍�� Alor Gajah: Sebuah treler membawa kontena tanpa muatan terbabas dan terjatuh dari jejambat di Kilometer 207.1 Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, arah utara, smlm.

            ✍�� Kuala Nerang: Remaja lelaki berusia 18 tahun sempat memeluk Islam sebelum meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kampung Perik di sini, smlm apabila orang ramai mengajarnya mengucap dua kalimah pada detik terakhir kematiannya.

            ✍�� Kangar: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan dua anggota unit peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Kedah di sempadan Kedah-Perlis hari ini kerana meminta wang rasuah.

            ✍�� Ipoh: Seorang warga emas antara empat ditahan bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian pecah rumah di Kampung Kubang Panjang, Lubok Merbau dekat Kuala Kangsar, awal pagi semalam.

            ✍�� Johor Bahru: Seramai 15 individu termasuk seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, smlm atas tuduhan menjalankan perniagaan pengiriman wang tanpa lesen membabitkan jumlah hampir RM1 bilion, sejak 2012.

            ✍�� Kuala Terengganu: Suspek utama kes pembunuhan kejam warga Rohingya yang dikenali sebagai Mohamad Qarim Abdul Razak atau Qori, 35, mungkin sedang bersembunyi di penempatan masyarakat Rohinghya di negeri ini.

            ✍�� Melaka: Tiga remaja terselamat walaupun bumbung kereta Perodua Kancil dinaiki hampir ranap selepas terbabit dalam kemalangan dengan dua lori di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Taman Paya Rumput Bestari, kira-kira 12.15 tengah hari, smlm.

            ✍�� Melaka: Seorang pengurus bar dijatuhkan hukuman penjara keseluruhan berjumlah 40 tahun dan dikenakan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku salah terhadap 20 pertuduhan pecah amanah membabitkan kerugian RM64,620.25, awal tahun ini.

            ✍�� Pendang: Ahli keluarga Norazah Azizan, 29, penumpang bas ekspres yang maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 151.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan susur keluar Plaza Tol Bukit Tambun, Pulau Pinang, hari ini, masih dalam keadaan terkejut berikutan baru saja menerima berita kematian wanita itu kira-kira 11 pagi, smlm.

            ✍�� Johor Bahru: Seorang lelaki dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan cubaan membunuh dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam kejadian 19 Mac lalu.

            ✍�� Kampar: Empat lelaki bersaudara didakwa di Mahkamah Majistret di sini, smlm atas tuduhan mengedar syabu seberat 14.6 kilogram, 13 Mac lalu.

            ✍�� Tampin: Dua lelaki yang mahu melawat seorang tahanan di pusat pemulihan Kem Syed Sirajuddin, Gemas di sini, ditahan anggota tentera selepas didapati membawa dadah yang disembunyikan dalam bungkusan roti, semalam.

            ✍�� Kuala Lumpur: Selepas lapan bulan terpisah akibat ditawan Abu Sayyaf, Tayudin Anjut, 46, dan Abdul Rahim Summas, 63, akhirnya dapat bertemu dengan keluarga masing-masing smlm.

            ✍�� Ranau: Seorang wanita tempatan luka di muka selepas tergelincir ketika menuruni Gunung Kinabalu, di sini, kelmarin.

            ✍�� ALOR SETAR: Kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan Muzium Islam Kedah bagi mempamerkan artifak dan bahan sejarah Islam di negeri ini.

            ✍�� BANDAR SERI JEMPOL: Sebahagian besar sebuah bilik asrama Sekolah Menengah Kebangsaan FELDA Lui Barat di sini, musnah dalam kebakaran, petang smlm.

            ✍�� TUMPAT: Keghairahan untuk kurus antara faktor penyumbang kepada peningkatan penyalahgunaan dadah dalam kalangan wanita.

�� BERITA LUAR NEGARA
====================

              ���� Beijing: Seorang wanita yang sering sakit perut terkejut selepas doktor menemui sejumlah cendawan tumbuh di dalam perutnya.
              Wanita berusia 50 tahun itu pada mulanya mendapatkan rawatan di hospital selepas sering sakit perut.
               Selepas membuat pemeriksaan, doktor terkejut apabila menemui sejumlah cendawan tumbuh di dalam perut wanita itu hingga menyebabkan organ itu tersumbat.

              ���� AYR: Beribu-ribu penduduk termasuk pelancong dipindahkan hari ini apabila kawasan timur laut Australia dijangka dibadai taufan raksasa yang dijangka membawa kerosakan besar.
               Biro Meteorologi berkata, Taufan Debbie terbentuk di pantai Queensland sejak beberapa hari lalu dan dijangka menjadi ribut kategori empat (dalam skala lima) selepas fajar hari ini (Selasa).
             Penduduk yang meletakkan guni pasir dan memasang papan lapis pada rumah, diminta bersiap sedia berdepan cuaca terburuk melanda negeri itu sejak Taufan Yasi membadai pada 2011, meranapkan rumah dan memusnahkan tanaman.

               ���� Haryana (India) : Kaum ibu di sebuah kampung yang berang apabila lelaki dalam keluarga mereka sering pulang ke rumah mabuk dan menghabiskan wang untuk membeli arak bertindak merusuh dan menyerang kedai menjual minuman berkenaan untuk menghalau pemiliknya dari kampung itu.
                Kumpulan wanita terbabit menyerang kedai menjual minuman keras di kampung itu dan mula membaling kotak mengandungi arak ke jalan raya sebelum membakarnya, menyebabkan pemiliknya segera menutup kedai untuk menyelamatkan diri.

               ���� Mataram (Indonesia): Sekumpulan doktor pakar dari Hospital Nusa Tenggara Barat kelmarin, berjaya mengeluarkan satu fetus dari perut seorang bayi lelaki berusia 10 bulan.
               “Pakar kami membuat pembedahan pada bayi itu dan berjaya mengeluarkan fetus seberat 400 gram.
               Keadaan yang sangat jarang berlaku itu dikenali sebagai “fetus in fetu” yang bermakna satu fetus hidup sebagai parasit di dalam kembar mereka.

             ���� Bangkok: Seorang wanita Thailand yang mendakwa dirogol pegawai Imigresen Malaysia di Melaka, memberitahu wakil Kedutaan Diraja Thailand di Malaysia yang menemuinya, kejadian itu tidak berlaku.
             Menurut Kementerian Luar Thailand, wanita itu menafikan berlakunya serangan seksual seperti didakwa serta dakwaan menggunakan bilik berasingan untuk mengambil keterangan.

�� TULAR
========

                  �� Kuala Lumpur: “Memang ralat hilang motosikal itu. Sekarang ini saya tidak dapat berniaga sebab tiada kenderaan.
               “Saya macam 'patah kaki' sekarang ini tak boleh buat apa-apa. Duduk saja di rumah,” kata pesara kerajaan, Ahamad Salleh, 71.
                Cerita kehilangan motosikal roda tiga yang digunakannya untuk berniaga rojak buah dan air cincau Sabtu lalu tular di laman sosial.
               Motosikal jenis Yamaha, nombor pendaftaran BEA 3675 milik adiknya itu hilang dipercayai dicuri berdekatan lampu isyarat hadapan Klinik Amir, Persiaran Raja Muda Musa, Pelabuhan Klang.
                
⛳ BERITA SUKAN
==============

                ���� MIAMI: Dustin Johnson menewaskan pemain Sepanyol, Jon Rahm dengan kelebihan satu lubang untuk merangkul gelaran juara Kejuaraan Golf Dunia Match Play (WGC), hari ini dan menjadi pemain pertama memenangi semua empat kejohanan itu.
             Johnson yang juga pemain nombor satu dunia mendahului dengan kelebihan lima lubang sepanjang lapan lubang tetapi diberi tentangan hebat oleh pemain berusia 22 tahun dari Sepanyol itu yang dalam misi menjadi pemain paling muda memenangi gelaran WGC.

                �� MIAMI: Rafael Nadal bangkit daripada aksi buruk set pertama sebelum menewaskan pemain Jerman, Philipp Kohlschreiber 0-6, 6-2, 6-3 untuk mara ke pusingan keempat Terbuka Miami, hari ini.
                Pemain Sepanyol itu yang bermain dalam perlawanan ke-1,000 ATP, mengalami kekalahan 0-6 kali ke-14 sepanjang kariernya, hanya menguasai 33 peratus mata servis pertama dan banyak melakukan kesalahan.
                Selepas tampak teruk, Nadal menemui semula prestasinya pada set kedua sebelum muncul pemenang.

                 ⚽ Kuala Lumpur: Sejarah tercipta buat anak Malaysia yang terkenal dengan jolokan ‘Messi Amerika’, Wan Kuzain Wan Kamal apabila berjaya membuat kemunculan pertamanya selaku pemain profesional dalam Liga Soccer United (USL) dengan membarisi kesebelasan utama Swope Park Rangers menentang OKC Energy, semalam.

                  �� Sepang: Meskipun kehilangan tugas selaku jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee masih meneruskan perancangannya untuk mengintip kekuatan Lubnan yang menjadi antara pencabar utama skuad Harimau Malaysia dalam kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2019 Jun ini.

                 �� Kuala Lumpur: Presiden baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat semua program pembangunan akar umbi termasuk Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) seharusnya dilaksanakan oleh ahli gabungan dan bukannya Kementeria Belia dan Sukan (KBS).

             �� GEORGETOWN: Ketua jurulatih baharu skuad Harimau Kumbang, Zainal Abidin Hassan yakin pasukannya masih mampu menempatkan diri ke saingan Piala Malaysia musim ini walaupun mengakui peluangnya agak tipis.

               ���� SERI MENANTI: Pelumba basikal negara, Anuar Manan menafikan prestasinya merudum apabila sekadar meraih tempat keempat kategori Endurance Ride sejauh 120 kilometer (km) pada saingan CIMB Cycle @ Seri Menanti 2017, semalam.
        
�� WAKTU SOLAT
==============

KAWASAN SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA
Imsak :05:49
Subuh :05:59
Syuruk :07:14
Zohor :13:21
Asar :16:22
Magrib :19:24
Isyak :20:33
28 March 2017
29 Jamadilakhir 1438

piloi_hani al-Linggi
#repoterataspokok

0 comments:

Post a Comment

KLIK SINI SEBAGAI TANDA SOKANGAN DAN BERTERIMA KASIH ANDA KEPADA BLOG INI.
| PELAWAT YANG DIHORMATI | | LAMAN INI HANYALAH SEKADAR BERKONGSI INFO MENGENAI HOMESTAY, RUMAH TUMPANGAN DLL.. BERSUMBERKAN PENDAFTARAN BORANG YANG DISEDIAKAN DAN SUMBER DARI ENJIN CARIAN GOOGLE, YAHOO,SERTA SEUMPANYA..| SEBARANG URUSAN PENYEWAAN , PEMBAYAR ATAU APA SAHAJA ADALAH URUSAN ANDA DENGAN PIHAK HOMESTAY | TIADA KAITAN DENGAN LAMAN WEB INI | TERIMA KASIH |

SOKONGAN ANDA DI PERLUKAN
KLIK LIKE DI ATAS
https://shiroipay.com/page/campaign?r=s3jszss
 
Toggle Footer