Breaking News
Loading...

RUANGAN ILMU

| BERITA TERKINI | Seluruh Dunia...

Monday 27 March 2017

berita ringkas terkini hari ini -isnin

10:55

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada muslimin serta muslimat yg dikasihi, selamat pagi kepada teman2 yg bukan beragama islam yg di hormati sekalian ������...

         Isnin 27 March 2017 masihi bersamaan 28 Jamadilakhir 1438 Hijrah �� Cuaca pagi ini agak lembab dan dingin di sekitar Taman Sentosa Klang Selangor, sari berita ringkas terkini khas utk semua ahli group yg tersayang ��...

���� BERITA DALAM NEGARA
====================

            ✍�� KUALA LUMPUR: Selepas lebih 40 hari berada dalam Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur, mayat Kim Jong-nam, akhirnya dibawa keluar dari bilik mayat, tengah hari smlm ke lokasi dipercayai di Cheras utk upacara keagamaan.

           ✍�� Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan memandu kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, smlm.

           ✍�� KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini bagi mendapatkan maklumat mengenai orang tengah yang cuba merasuah baginda berhubung penganugerahan pingat.

            ✍�� Petra Jaya: Polis tahan remaja lelaki bersama 35 penyedut minuman berisi dadah syabu di rumah di Jalan Astana di sini, semalam.

            ✍�� Alor Gajah: Nenek ditemui meninggal dunia di rumahnya di Taman Seri Bayu 1, di sini, dalam keadaan duduk di lantai ruang tamu dengan tangan diikat ke belakang serta kepala diserkup kain.

            ✍�� Pasir Mas: Snek popular tempatan seperti murtabak diraja, keropok lekor dan kerepek pisang akan dikembangkan menjadi makanan dalam penerbangan.

            ✍�� Kuala Perlis: Jabatan Perikanan Perlis dan Jabatan Perhutanan Perlis merancang usaha bagi pemuliharaan semula hutan paya bakau di sekitar pesisiran pantai Kuala Perlis hingga ke Sanglang, dekat sini.

           ✍�� KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang pemuda yang sengaja menolong menyembunyikan harta curi menerima padah apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini smlm.

            ✍�� Johor Bahru: Polis menahan dua beranak selepas disyaki mencuri pelbagai barangan mencecah RM1,300 dari pasar raya dekat Taman Bukit Indah, Skudai, semalam.

            ✍�� Kota Bharu: Pembantu juruukur dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, smlm atas pertuduhan merogol kekasih bawah umur, tahun lalu.

            ✍�� Sungai Buloh: Pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya itu terjunam ke dalam gaung di Kilometer 451 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Sungai Buloh, smlm.

            ✍�� KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia yang ditawan kumpulan pengganas Abu Sayyaf sejak lapan bulan lalu, akan diserahkan kepada keluarga masing-masing, pagi ini.

            ✍�� KUALA LUMPUR: Akademi Latihan Mercedes-Benz Malaysia (MBM) menyasarkan pengambilan 68 pelajar setahun bagi program latihan vokasional 'Advance Modern Apprenticeship' bagi melahirkan juruteknik berkemahiran tinggi untuk kenderaan Mercedes.

            ✍�� CHUKAI: Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) sudah meluluskan sebanyak 46,552 unit Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di seluruh negara dari tahun 2002 hingga Februari lalu.

            ✍�� KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah 4.2 magnitud melanda daerah Kunak di pantai timur Sabah, jam 5.30 petang smlm.

            ✍�� PUTRAJAYA: Malaysia Airlines memohon maaf kepada penumpang atas kelewatan lebih 36 jam penerbangan MH132 dari Auckland ke Kuala Lumpur, semalam atas masalah teknikal.

            ✍�� KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar dan Klinik Rawatan Selepas Waktu Pejabat (KRSWP) Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditutup sepenuhnya mulai 3 April ini.

            ✍�� PASIR GUDANG: Kementerian Pendidikan Tinggi yakin jumlah peminjam yang menjelaskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan terus bertambah tahun ini.

            ✍�� SEPANG - Orang awam diingatkan supaya tidak terpedaya dengan janji kiriman hadiah oleh sindiket ‘parcel scam’ atau penipuan kiriman bungkusan yang telah menyebabkan mangsa mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.

            ✍�� GURUN - Sebuah rumah teres musnah 60 peratus dalam kebakaran di Pekan Jeniang, di sini, malam semalam.

            ✍�� BESUT - Polis membuat rampasan pil dipercayai dadah jenis eramin 5 yang terbesar di daerah Besut, rampasan sebanyak 1008 biji dan penahanan seorang pemuda 23 tahun di Gong Kepas pada rabu lepas.

            ✍�� KUANTAN - Jumlah penghidap penyakit buah pinggang yang disebabkan oleh obesiti di negeri ini semakin serius, kata Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Dr Shaari Ngadiman.

            ✍�� KUANTAN - Pengusaha bauksit yang masih menjalankan proses pengosongan stok simpanan bahan mineral itu di kawasan sekitar Bukit Goh digesa menyediakan sebuah pusat mencuci kenderaan di kawasan berhampiran bagi mengelak pencemaran di sepanjang laluan hingga Pelabuhan Kuantan.

�� BERITA LUAR NEGARA
====================

           ���� WASHINGTON: Seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 15 lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah kelab malam di Cincinnati, Ohio awal pagi tadi.
              Penolong Ketua Polis, Paul Neudigate berkata, belum ada sebarang petunjuk bahawa serangan itu dikaitkan dengan keganasan dan menambah orang ramai berhampiran premis itu dalam keadaan ketakutan.
                "Kelab malam itu dihadiri ramai pengunjung dan semuanya lari bertempiaran apabila tembakan dilepaskan. Sekurang-kurangnya seorang mangsa maut manakala 15 lagi cedera," katanya.

            ���� Yen Giao, Vietnam: Seorang lelaki di Vietnam tidak memotong kuku tangannya selama 35 tahun selepas menjadikan aktiviti menjaga anggota badan itu sebagai hobinya.
               Luu Cong Huyen, 58, yang berasal dari bandar Yen Giao di wilayah Nam Dinh sanggup tidak mandi dan tidur berasingan dengan isterinya bagi mengelak kukunya patah.
                 Luu Cong Huyen, 58, yang berasal dari bandar Yen Giao di wilayah Nam Dinh sanggup tidak mandi dan tidur berasingan dengan isterinya bagi mengelak kukunya patah.

               ���� KAHERAH: Mahkamah Mesir, smlm, menjatuhkan hukuman penjara ke atas 56 orang yang menyebabkan bot karam sehingga mengorbankan 200 orang pendatang, tahun lalu.
                     Menurut sumber kehakiman, semua tertuduh dikenakan hukuman penjara di antara tujuh sehingga 13 tahun manakala seorang lagi dibebaskan.
                Difahamkan bot terbabit karam di Lautan Mediterranean pada 21 September tahun lalu dekat Perkampungan Burg Rashid.   
              Pasukan penyelamat dan nelayan berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya 169 orang tetapi 202 yang lain terkorban.

                 ���� MADRID: Pelakon tersohor dari Sepanyol, Antonio Banderas dilaporkan sudah pulih sepenuhnya dari serangan jantung yang dialami sejak awal tahun ini.
             Banderas, 56, memberitahu media bahawa beliau diserang sakit jantung pada 26 Januari lalu, namun serangan itu tidak serius atau membahayakan nyawanya.  
              Beliau menjalani prosedur pemasangan tiga 'stent' pada arteri dan berkata keadaan itu tidak begitu dramatik seperti digambarkan oleh sesetengah media.

              ���� TINDAKAN kejam sebuah taska di China yang memasukkan ‘racun’ ke dalam makanan dengan ubat skizofrenia (orang sakit mental) menyebabkan sepuluh kanak-kanak dimasukkan ke hospital.
                Siasatan awal syaki punca suspek bertindak sedemikian adalah bermotifkan dendam kerana tidak mendapat kenaikan gaji daripada majikannya.

�� TULAR
========

             �� Nanyang (China): Seorang pemandu didakwa memandu secara bahaya selepas ditangkap membawa 74 murid sekolah dalam sebuah van di sini baru-baru ini.
             Van yang dipandu lelaki itu ditahan selepas anggota polis melihat ia penuh dengan kanak-kanak sekolah termasuk berhimpit di bahagian hadapan.
            Jurucakap polis berkata, van itu hanya boleh memuatkan 19 penumpang dewasa dan jelas lelaki berkenaan membawa penumpang berlebihan.
              Van itu turut membawa seorang guru wanita dan termasuk pemandu, kenderaan itu sebenarnya membawa 76 orang.
              Satu rakaman video yang tular disiarkan polis di Internet menunjukkan kanak-kanak sebuah sekolah tadika berhimpit-himpit di dalam van berkenaan.
                
⛳ BERITA SUKAN
==============

            ⭐ LONDON: Penjaring terbanyak England, Wayne Rooney masih boleh memainkan peranan penting untuk negara dan kelabnya Manchester United, kata bekas rakan sepasukan, Paul Scholes kepada BBC, hari ini.
              Jurulatih England, Gareth Southgate menegaskan, Rooney yang menjaringkan 53 gol dalam 119 penampilan antarabangsa tidak akan terus disisihkan dalam skuad The Three Lion biarpun tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama United.

            �� THE HAGUE, Belanda: Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (KNVB) memanggil jurulatih kebangsaan, Danny Blind susulan kekalahan 2-0 kepada Bulgaria, kelmarin yang menyempitkan peluang negara itu untuk ke Piala Dunia 2018.
                 Akhbar-akhbar di Belanda merujuk kekalahan itu sebagai "bencana" yang menyaksikan Blind boleh dipecat dengan akhbar harian Algmeen Dagblad berkata persatuan itu memanggil Blind untuk berbincang pada hari smlm.

             ⚽ Paris: Itali kekal bersaing dengan Sepanyol pada kempen kelayakan Piala Dunia zon Eropah apabila penjaga gol Gianluigi Buffon bermain aksi profesional ke-1,000 ketika menang 2-0 ke atas Albania, awal pagi kelmarin.

              �� Kuala Lumpur: Usaha ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk memburu gelaran keenam dalam kejohanan Skuasy Terbuka Britain berakhir apabila pemain nombor tujuh dunia itu mengalami kekalahan mengejut dalam pusingan separuh akhir lewat Sabtu (Ahad di Malaysia).

                 �� KUALA LUMPUR: Bekas pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi gagal merangkul gelaran antarabangsa pertama dalam acara beregu apabila dia dan pasangannya, Joyce Choong tewas dalam aksi final Cabaran Antarabangsa Vietnam, smlm.

              �� PEMAIN muda negara, Tan Jia Wei meraih gelaran sulung di pentas antarabangsa selepas menjuarai kejohanan badminton Cabaran Antarabangsa Terbuka Poland di Warsaw, Poland smlm.

               �� KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, kembali mengendali skuad muda negara, sedia bekerjasama dengan pengendali baharu Harimau Malaysia, Mario Gomez.

                �� MELBOURNE: Berikut keputusan saingan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Australia di Albert Park di sini, yang berakhir mlm tadi. 1. Sebastian Vettel (GER/Ferrari) 302.000km - 1 jam 24 minit 11.670 saat (purata kelajuan 215.409 kph) 2. Lewis Hamilton (GBR/Mercedes) 9.975 3. Valtteri Bottas (FIN/Mercedes) 11.250 4. Kimi Raikkonen (FIN/Ferrari) 22.393 5. Max Verstappen (NED/Red Bull) 28.827 6. Felipe Massa (BRA/Williams) 1:23.386
        
�� WAKTU SOLAT
==============

KAWASAN SHAH ALAM DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA
Imsak :05:49
Subuh :05:59
Syuruk :07:14
Zohor :13:21
Asar :16:23
Magrib :19:24
Isyak :20:33
27 March 2017
28 Jamadilakhir 1438

piloi_hani al-linggi..
#repoterataspokok

0 comments:

Post a Comment

KLIK SINI SEBAGAI TANDA SOKANGAN DAN BERTERIMA KASIH ANDA KEPADA BLOG INI.
| PELAWAT YANG DIHORMATI | | LAMAN INI HANYALAH SEKADAR BERKONGSI INFO MENGENAI HOMESTAY, RUMAH TUMPANGAN DLL.. BERSUMBERKAN PENDAFTARAN BORANG YANG DISEDIAKAN DAN SUMBER DARI ENJIN CARIAN GOOGLE, YAHOO,SERTA SEUMPANYA..| SEBARANG URUSAN PENYEWAAN , PEMBAYAR ATAU APA SAHAJA ADALAH URUSAN ANDA DENGAN PIHAK HOMESTAY | TIADA KAITAN DENGAN LAMAN WEB INI | TERIMA KASIH |

SOKONGAN ANDA DI PERLUKAN
KLIK LIKE DI ATAS
https://shiroipay.com/page/campaign?r=s3jszss
 
Toggle Footer