Breaking News
Loading...

RUANGAN ILMU

| BERITA TERKINI | Seluruh Dunia...

Saturday, 25 March 2017

KISAH SERAM DI TESCO MERGONG

11:30

Kisah Seram Tesco Mergong


Pasaraya TESCO di Mergong adalah kawasan panas dan berhantu kerana budak kecil sering sahaja menangis apabila memasuki kawasan premis TESCO itu. Terima kasih kepada Kedah2U, akhirnya penulis menemukan sebab kenapa TESCO Mergong di Kedah itu dikatakan berhantu.



 Mungkin ramai pengunjung yang tidak maklum dengan kewujudan dua buah kubur di tepi Pasaraya TESCO Mergong, Alor Setar. Mungkin juga disebabkan kawasan kubur ini telah ditabir dengan pagar zink yang agak tinggi.

Pihak Kedah2U mendapat makluman tentang kubur ini daripada beberapa pekerja Pasaraya TESCO dan seorang pembantu kedai di Restoran Makanan Segera Pizza Hut yang juga beroperasi dalam bangunan TESCO Mergong. Menurut keterangan beberapa pekerjaTESCO Mergong, mereka pernah terlihat seakan lembaga hitam sedang bertenggek di atas dahan pokok yang berada ditepi kedua-dua kubur tersebut apabila pulang lewat pada waktu malam.

Seorang pengawal yang bertugas di sini juga menegaskan yang diasering tercium bau yang wangi disertai perasaan seram sejukapabila melalui berdekatan kawasan tersebut. Namun perkara sebenar disebalik misteri ini masih belum diurai dan tiada sebarang kes yang dibangkitkan berkaitan kedua-dua kubur tersebut. Lagi gambar kubur misteri di tepi Pasaraya TESCO di Mergong Alor Setar.

sumber dan gambar disini

0 comments:

Post a Comment

KLIK SINI SEBAGAI TANDA SOKANGAN DAN BERTERIMA KASIH ANDA KEPADA BLOG INI.
| PELAWAT YANG DIHORMATI | | LAMAN INI HANYALAH SEKADAR BERKONGSI INFO MENGENAI HOMESTAY, RUMAH TUMPANGAN DLL.. BERSUMBERKAN PENDAFTARAN BORANG YANG DISEDIAKAN DAN SUMBER DARI ENJIN CARIAN GOOGLE, YAHOO,SERTA SEUMPANYA..| SEBARANG URUSAN PENYEWAAN , PEMBAYAR ATAU APA SAHAJA ADALAH URUSAN ANDA DENGAN PIHAK HOMESTAY | TIADA KAITAN DENGAN LAMAN WEB INI | TERIMA KASIH |

SOKONGAN ANDA DI PERLUKAN
KLIK LIKE DI ATAS
https://shiroipay.com/page/campaign?r=s3jszss
 
Toggle Footer