Breaking News
Loading...

RUANGAN ILMU

| BERITA TERKINI | Seluruh Dunia...

Tuesday 14 March 2017

10 gambar hantu yg pernah gemparkan rakyat malaysia

23:48
Gambar Jelmaan Hantu Yang Pernah Menggemparkan Negara


Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya. Lagi 9 gambar selepas jump.



2. Hantu Kereta Remuk

Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.


3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap

Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.


4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan

Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.


5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal

Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.


6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan



Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.


7. Pocong Di Kawasan Kilang




Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.


8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada


Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.


9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin

Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak, Wallahu’alam.


10. Wanita Kebaya Merah

Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung

0 comments:

Post a Comment

KLIK SINI SEBAGAI TANDA SOKANGAN DAN BERTERIMA KASIH ANDA KEPADA BLOG INI.
| PELAWAT YANG DIHORMATI | | LAMAN INI HANYALAH SEKADAR BERKONGSI INFO MENGENAI HOMESTAY, RUMAH TUMPANGAN DLL.. BERSUMBERKAN PENDAFTARAN BORANG YANG DISEDIAKAN DAN SUMBER DARI ENJIN CARIAN GOOGLE, YAHOO,SERTA SEUMPANYA..| SEBARANG URUSAN PENYEWAAN , PEMBAYAR ATAU APA SAHAJA ADALAH URUSAN ANDA DENGAN PIHAK HOMESTAY | TIADA KAITAN DENGAN LAMAN WEB INI | TERIMA KASIH |

SOKONGAN ANDA DI PERLUKAN
KLIK LIKE DI ATAS
https://shiroipay.com/page/campaign?r=s3jszss
 
Toggle Footer