Breaking News
Loading...

RUANGAN ILMU

| BERITA TERKINI | Seluruh Dunia...

Friday 31 March 2017

berita ringkas padat hari ini jumaat 31/3/2017

16:14

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada muslimin serta muslimat yg dikasihi, selamat pagi kepada teman2 yg bukan beragama islam yg di hormati sekalian ������...

TAZKIRAH PENGHULU HARI
===================

TAJUK: SAHABAT HINGGA KE SYURGA.
======================

                Sahabat yang baik tidak akan pernah meninggalkan sahabatnya menuju ke arah kebinasaan. Katakanlah, walaupun ianya pahit. Hanya sahabat sahaja tahu cara terbaik untuk memberitahu sesuatu berita baik mahu pun buruk. Pengalaman pasti akan mengajar kita.
               
               Ada masanya, berat juga lidah untuk menegur kesilapan seorang sahabat. Meskipun pedih hati mereka, namun jauh di sudut hati pasti akan menerima, rupanya masih ada yang sayang.

               Bukan sahaja kita perlu mencari sahabat yang baik, malah kita juga harus menjadi sahabat terbaik yang ditunggu-tunggu oleh kawan-kawan kita.

                Jika sahabat kita ingin berjaya, maka doronglah dia selagi dia berada di jalan yang benar. Sediakan juga bahu untuk dia meluahkan ceritanya. Ini kerana kisah kejayaan itu bukan hanya manis sentiasa. Sahabat sebenar akan mengetahui liku-liku dalam mengecapinya.

              Dari Abu Hurairah ra bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima oleh Allah s.w.t.”
(Hadis Riwayat Muslim)

                Biarlah kita berkawan bukan di dunia sahaja, tetapi sampai ke syurga.

(Copy paste: tazkirah.net)

              Jumaat 31 March 2017 masihi bersamaan 3 Rejab 1438 Hijrah �� Cuaca pagi ini agak lembab dan dingin di sekitar kawasan hentian Tapah Perak, sari berita ringkas terkini khas utk semua ahli group yg tersayang ��...

���� BERITA DALAM NEGARA
====================

           ✍�� PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memaklumkan sembilan rakyat Malaysia yang ditahan di Korea Utara dibenarkan kembali ke tanah air dan sudah berlepas dari Pyongyang hari ini sekitar jam 7.45 malam (tadi) dan dijangka tiba di Kuala Lumpur kira-kira jam 5 pagi esok (hari ini).

            ✍�� Putrajaya: Bidaan nombor pendaftaran khas sempena Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN (KL2017), RIMAU 1 hingga RIMAU 9999 akan dibuka secara rasmi pada 1 April dengan harga permulaan bidaan serendah RM500.

           ✍�� Sepang: Van jenis Toyota Hiace yang membawa mayat abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam dilihat memasuki perkarangan Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 2.47 petang.

            ✍�� Johor Bahru: Seorang pemandu kereta sapu berusia 56 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan memujuk orang ramai dan menawarkan perkhidmatan menghantar ke Singapura di Mahkamah Majistret Johor Bahru, smlm.

            ✍�� Tawau: Seorang lelaki diberkas polis selepas memiliki syabu seberat 134.1 gram bernilai RM14,800 di kawasan parkir Jalan Muhibbah Raya, di sini, semalam.

            ✍�� Alor Gajah: Dewan kuliah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, di sini, digenangi air sedalam kira-kira 0.5 meter selepas hujan lebat melanda daerah ini selama lebih dua jam, pagi smlm.

            ✍�� Alor Gajah: Seorang lelaki maut selepas Yamaha 135LC ditunggang melanggar belakang sebuah lori kontena yang diparkir di lorong kecemasan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Taman Rembia Perkasa, awal pagi smlm.

            ✍�� Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) merampas wang tunai, wafer emas dan kenderaan mewah bernilai lebih RM18 juta dalam satu serbuan terhadap rangkaian perniagaan perkhidmatan wang haram di Kuala Lumpur dan Selangor.

            ✍�� Kuching: Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemui terapung di Sungai Tabo berhampiran Terminal Bako di Kampung Bako, di sini, pagi smlm.

            ✍�� Kajang: Enam lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, smlm atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng 360 Devan dua tahun lalu.

            ✍�� Bukit Mertajam: Sebelas lelaki termasuk pegawai Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) Pulau Pinang ditahan polis sejak 14 hingga 27 Mac selepas disyaki terbabit dengan kes pecah amanah berjumlah RM9.5 juta.

            ✍�� Johor Bahru: Seorang wanita warga Indonesia dipenjara tiga bulan kerana gagal membayar denda RM300,000 selepas mengaku salah di Mahkamah Sesyen, di sini, smlm, atas tuduhan membuka klinik pergigian swasta tidak berdaftar sejak setahun lalu.

            ✍�� Baling: Penuntut kolej swasta berusia 19 tahun cedera akibat tergelincir selepas mengalami kekejangan otot ketika mendaki Gunung Baling, pagi smlm.

            ✍�� Kajang: Seorang lelaki yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran ganja di sekitar daerah ini ditahan polis berhampiran Stesen Keretapi Kajang, Selasa lalu.

            ✍�� Ipoh: Mahkamah Tinggi di sini smlm, menambah hukuman daripada sehari kepada 15 bulan penjara dan mengekalkan hukuman denda RM4,000 terhadap seorang bekas pembantu kantin sekolah atas tuduhan mencabul seorang murid lelaki berusia 12 tahun, 3 tahun lalu.

            ✍�� Ipoh: Dua pusat pemindahan banjir dibuka di daerah Larut, Matang dan Selama kira-kira 70 kilometer dari sini berikutan banjir kilat akibat hujan lebat tanpa henti sejak petang semalam.

            ✍�� Rantau Panjang: Sebanyak 678,305 saman trafik dikeluarkan terhadap warga Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia masih tertunggak.

            ✍�� Johor Bahru: Seorang penganggur didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Trafik, di sini, smlm, selepas mengaku bersalah atas tuduhan menawarkan tiket perkhidmatan pengangkutan awam tanpa lesen.

            ✍�� Johor Bahru: Johor bakal menjadi negeri pertama melaksanakan caj berbentuk bil kepada pemilik kediaman, kedai dan industri yang membuang sisa ke dalam sungai dan udara bagi menampung kos pemeliharaan dan pembersihan alam sekitar.

            ✍�� Georgetown: Bayi lelaki ditemui di tepi tangga sebuah flat di Jalan Perak, Jelutong, di sini, pagi smlm.

            ✍�� Alor Gajah: Beberapa lokasi di pekan Masjid Tanah dinaiki air setinggi 0.1 meter sejak 10.45 pagi smlm.

            ✍�� Kota Bharu: Seorang pesara kerajaan maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh treler di persimpangan lampu isyarat Kubang Kerian, di sini, malam kelmarin.

            ✍�� KUALA LUMPUR: Dua daripada tiga mangsa tebusan kumpulan Abu Sayyaf yang diselamatkan Ahad lalu, berhasrat menyertai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

�� BERITA LUAR NEGARA
====================

                ���� BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 14 maut, selepas seorang pengebom nekad meletupkan diri bersama sebuah kenderaan di pintu masuk bandar ini, dalam satu serangan yang didakwa dilakukan militan Daesh.
                Letupan yang berlaku di pos pemeriksaan pintu masuk utama di bahagian selatan Baghdad itu, turut mencederakan sekurang-kurangnya 36 orang lain.
                   Sementara itu, Daesh mengeluarkan kenyataan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu dan berkata, ia dilakukan pengebom nekad yang memandu sebuah trak dipenuhi beberapa tan bahan letupan.

                 ���� TOKYO: Parti pemerintah Jepun menggesa Perdana Menteri, Shinzo Abe memberi pertimbangan mendapatkan senjata lebih canggih untuk bersedia menyerang pangkalan musuh.
                Ketika sama usaha itu adalah untuk memantapkan sistem peluru berpandu mereka ketika Korea Utara enggan mematuhi larangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pembangunan peluru berpandu dan nuklear.
               "Provokasi Korea Utara sudah sampai kepada satu tahap yang kami tidak boleh pandang ringan lagi.
                  "Kami tidak boleh membuang banyak masa untuk memantapkan sistem peluru berpandu kami," kata Parti Demokratik Liberal (LDP) dalam satu cadangan dikemukakan kepada Abe.      

                 ���� TOKYO: Toyota Motor Corp memanggil semula 2.9 juta kenderaan termasuk Corolla Axio dan RAV4 di Jepun, China, Oceania dan rantau lain berikutan potensi kerosakan pengepam beg udara.
                 Fuji Heavy Industries, Mitsubishi Motors Corp dan Hino Motors juga memanggil semula kira-kira 240,000 kenderaan di pasaran domestik terhadap pengepam yang dibuat oleh Takata Corp yang mana boleh meletup selepas pendedahan berpanjangan kepada keadaan panas.
              Sekurang-kurangnya 16 kematian dikaitkan dengan pengepam Takata yang meletup, terutama di Amerika Syarikat, sekali gus menjadikan langkah panggil semula kenderaan terbesar dalam industri automotif global.

�� TULAR
========

           ⛽ Putrajaya: Semua stesen minyak hanya dibenarkan menjual petrol dan diesel pada harga jualan runcit yang sudah ditetapkan kerajaan.
               Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam kenyataan berkata, pihaknya mendapat maklumat menular smlm ada terdapat aplikasi telefon pintar yang membolehkan pengguna mengemas kini harga jualan runcit petrol dan diesel di semua stesen minyak di negara ini.
               “KPDNKK tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya situasi menjadi di luar kawalan,” katanya.

                �� PUTRAJAYA: Individu dipercayai cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berhubung anugerah darjah kebesaran membawa gelaran 'Tan Sri', menyerah diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
          Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, berkata lelaki berusia 54 tahun itu tiba di pejabat SPRM di sini, beberapa jam selepas beliau memberi amaran akan mendedahkan identiti termasuk mengedarkan gambarnya melalui media jika enggan menyerah diri.
               Menerusi kenyataan yang dimuat naik dan menular dalam laman Facebook baginda, Sultan Ibrahim bertitah, baginda mahu SPRM mengadap segera supaya perkara berkenaan dapat disiasat.

               �� Jinan: Lima pekerja sebuah kedai di sini dipaksa mengoyak wang kertas 100 yuan (RM65) milik sendiri oleh majikan mereka selepas gagal mencapai sasaran mengagihkan 100 risalah sehari.
                Dalam video tular yang dimuat naik di People’s Daily Online kelmarin, lima pekerja muda itu dilihat berdiri di hadapan kedai dan disuruh mengoyakkan wang berkenaan.
                  Mereka kelihatan dengan berat hati menggeluarkan not 100 yuan dari poket masing-masing dan mengoyakannya.
                 Pengguna Twitter di China mengecam tindakan majikan terbabit dengan seorang bernama ‘Chandra’ menulis: “Ia hukuman yang mengarut. Majikan itu sepatutnya tahu hukuman terhadap kesalahan mengoyakkan wang kertas negara.”
                
⛳ BERITA SUKAN
==============

              �� Sydney: Iran mengorak langkah untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan selepas menang 1-0 ke atas China kelmarin yang menyebabkan pasukan kendalian Marcelo Lippi semakin hampir tersingkir.
             Uzbekistan melupakan seketika kekecewaan sebelum ini apabila menang 1-0 ke atas Qatar menerusi sepakan percuma menarik pemain tengah Shanghai SIPG, Odil Ahmedov.

               �� Kuala Lumpur: “Hantaq depa (hantar mereka) balik, ambil import baru!” Itu cadangan legenda bola sepak negara dan Pulau Pinang Datuk Shukor Salleh kepada pengendali baru Zainal Abidin Hassan yang memulakan tugasnya, Isnin lalu.
                 Shukor yang sering tidak berselindung ketika meluahkan pendapatnya, tidak lagi sanggup melihat prestasi hambar Pulau Pinang apabila melabelkan pembelian Nigel Dabinyaba, Diogo Ferreira dan Andrew James Russell sebagai tidak berbaloi dan satu pembaziran.

                �� Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) meminta pemain sayap Andik Vermansyah menunjukkan komitmen untuk terus kekal bersama Merah Kuning dengan melaporkan diri bulan depan.
               Pengurus pasukan Selangor Abd Rauf Ahmad menegaskan khidmat pemain Indonesia itu masih diperlukan skuad Red Giants musim ini namun dia harus melaporkan diri untuk pemeriksaan terhadap tahap kecederaan dialaminya.
        
�� WAKTU SOLAT
==============

KAWASAN SELURUH TAPAH (PERAK) DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA:
Imsak :05:49
Subuh :05:59
Syuruk :07:13
Zohor :13:22
Asar :16:24
Magrib :19:28
Isyak :20:35
31 March 2017
3 Rejab 1438

piloi_hani al-Linggi
#repoterataspokok

0 comments:

Post a Comment

KLIK SINI SEBAGAI TANDA SOKANGAN DAN BERTERIMA KASIH ANDA KEPADA BLOG INI.
| PELAWAT YANG DIHORMATI | | LAMAN INI HANYALAH SEKADAR BERKONGSI INFO MENGENAI HOMESTAY, RUMAH TUMPANGAN DLL.. BERSUMBERKAN PENDAFTARAN BORANG YANG DISEDIAKAN DAN SUMBER DARI ENJIN CARIAN GOOGLE, YAHOO,SERTA SEUMPANYA..| SEBARANG URUSAN PENYEWAAN , PEMBAYAR ATAU APA SAHAJA ADALAH URUSAN ANDA DENGAN PIHAK HOMESTAY | TIADA KAITAN DENGAN LAMAN WEB INI | TERIMA KASIH |

SOKONGAN ANDA DI PERLUKAN
KLIK LIKE DI ATAS
https://shiroipay.com/page/campaign?r=s3jszss
 
Toggle Footer